Community

TNC BHEPA USM Sempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Komuniti IPPT

Published : 23 July 2022

TNC HEPA merasmikan pecah tanah komuniti IPPT
BERTAM, July 22 2022 -

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar Dan Alumni, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Azlinda Azman hadir di Insitut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) bagi menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Komuniti IPPT.

 

Turut hadirsama Tuan Haji Shukri Osman, Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia, bersama mengiringi Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT), Profesor Madya Dr. Hasni Arsad Timbalan Pengarah Penyelidikan Dan Jaringan, dan Ustaz Mohd Mohsin Sirun, Unit Hal Ehwal Islam IPPT.




“Dengan adanya Pusat Komuniti IPPT yang menyediakan kemudahan seperti surau, tadika, bilik tetamu dan bilik pengurusan jenazah, saya yakin dan In Sha Allah kita dapatkan manfaatkan lebih banyak lagi aktiviti bersama komuniti, mahasiswa dan staf IPPT”, ujar Azlinda.

 

Difahamkan, projek yang mendapat kelulusan pihak tertinggi universiti ini menelan belanja hampir RM5.6juta dan merupakan pendekatan melalui dana wakaf.





Majlis ini diserikan lagi dengan gimik acara simbolik menggunakan ‘backhoe’ yang dirasmikan oleh Prof Dr. Azlinda sendiri dan disaksikan oleh seluruh warga IPPT, masyarakat komuniti yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

 

“Agenda IPPT akan sentiasa menyokong dan mendokong visi dan misi Universiti  Sains Malaysia bagi memastikan kelestarian dan kebajikan warga staf dan masyarakat setempat mendapat manfaat dengan kewujudan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) di Bertam ini.” ucap Pengarah IPPT.





Projek Wakaf Pengajian Tinggi USM melalui Sektor Wakaf Pusat Islam USM Dan Wakaf Pulau Pinang, penyumbang layak untuk mendapatkan pengecualian cukai LHDN dengan resit yang dikeluarkan oleh Wakaf Pulau Pinang.

 

Seterusnya, IPPT juga merupakan satu-satunya pusat rujukan kanser Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kepakaran, peralatan yang canggih dan rawatan komprehansif merangkami kimoterapi, radioterapi, dan brakiterapi.



 

Sebahagian dari tujuan utama majlis ini diadakan adalah mewar-warkan perkembangan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang ditawarkan oleh IPPT, dan menjadi harapan IPPT menyediakan Pusat Komuniti IPPT ini yang menawarkan kemudahan untuk kebajikan pesakit dan waris serta kepada seluruh warga IPPT tanpa mengira agama dan bangsa.

 

Sumbangan ini boleh disalurkan melalui akaun Jawatankuasa Projek Waqaf Surau Pusat Komuniti (0704 3011 0633 17) Bank Islam.

Sebarang rujukan dan pertanyaan boleh menghubungi Ustaz Mohd Mohsin ditalian 019-431 9447.

 

 

Teks: Mahirah Mahyidin/Foto: Norizan Ishak

Scroll to Top