Collaboration

LAWATAN KOLABORASI KUMPULAN PENYELIDIKAN DEMENTIA MULTIDISCIPLINARY RESEARCH PROGRAM (DMR-IPPT) KE PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN (PPSP), KAMPUS KESIHATAN USM KUBANG KERIAN

Published : 21 May 2025

Sesi bergambar pasukan penyelidik Dementia Multidisciplinary Research Program (DMR) IPPT bersama YBrs. Prof. Madya Dr. Asrenee binti Ab. Razak selaku Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi PPSP dan barisan penyelidik dari PPSP di lobi utama PPSP
PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN (PPSP), KAMPUS KESIHATAN USM KUBANG KERIAN, April 21 2025 -

KUBANG KERIAN, 21 April 2025 – Satu lawatan kolaborasi penyelidikan telah diadakan oleh pasukan penyelidik daripada Dementia Multidisciplinary Research Program (DMR-IPPT), Jabatan Kesihatan Komuniti, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) Bertam ke Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan, USM Kubang Kerian.


Photo By DMR-IPPT
Kunjungan delegasi DMR-IPPT ke PPSP



Rombongan telah diketuai oleh YBrs. Dr. Siti Mardhiana binti Mohamad, Ketua Jabatan Kesihatan Komuniti IPPT bersama YBrs. Dr. Rohayu Hami, Ketua Program Penyelidikan DMR-IPPT. Turut serta dalam lawatan ini ialah penyelidik-penyelidik DMR-IPPT: Ts. Dr. Syamimi Shamsuddin, Dr. Siti Nurfatimah Mohd Shahpudin, Dr. Ernest Mangantig, Dr. Salbiah Isa dan Dr. Noor Mastura Mohd Mujar.




Photo By DMR-IPPT
Sesi perbincangan berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Penyelidikan & Inovasi, PPSP



Lawatan ini telah disambut oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Asrenee binti Ab. Razak selaku Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi PPSP, bersama barisan penyelidik dari pelbagai bidang kesihatan di pusat pengajian berkenaan termasuklah Prof. Madya Dr. Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad, Dr. Mohd Nor Azim Ab. Patar, Dr. Siti Nurbaya Mohd Nawi, Dr. Ahmad Shahril Ab. Halim, Dr. Azalina Zainuddin dan Encik Che Ismail Che Lah.


Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan kolaborasi bersama para penyelidik di PPSP yang menjalankan kajian berkaitan warga emas dan demensia. Selain itu, lawatan ini turut meneroka potensi pelantikan penyelidik bersama dari kalangan para penyelidik di PPSP dalam projek-projek sedia ada serta akan datang di bawah program DMR-IPPT serta melawat fasiliti klinikal di PPSP yang berpotensi digunakan sebagai lokasi pengumpulan data bagi penyelidikan berkaitan demensia dan penuaan.


Sesi perbincangan yang berlangsung dimulakan dengan perkongsian daripada Prof. Madya Dr. Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad selaku Ketua Kluster Penyelidikan Public Health, Ageing and Lifestyle. Dalam sesi ini, beliau telah membentangkan skop penyelidikan berkaitan warga emas yang sedang dijalankan oleh para penyelidik di PPSP. Selepas itu, para penyelidik DMR-IPPT mengusulkan pula beberapa cadangan kolaborasi yang boleh diteroka bersama melalui projek-projek penyelidikan yang sedang dijalankan.


Pihak PPSP menyambut baik inisiatif kerjasama ini dan menzahirkan harapan agar kolaborasi penyelidikan bersama pasukan DMR-IPPT dapat direalisasikan dalam masa terdekat. Usaha ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan penyelidikan multidisiplin dalam bidang penuaan dan kesihatan komuniti dalam kalangan penyelidik USM, sekali gus menyumbang kepada impak yang lebih besar kepada masyarakat.


Laporan disediakan oleh:

Ts. Dr. Syamimi Shamsuddin, Dr. Siti Nurfatimah Mohd Shahpudin dan Dr. Rohayu Hami


SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
Scroll to Top