
Delegasi staf USM
Tanggal bersejarah 1 Mei, USM dengan diwakili delegasi Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM) telah menyertai Sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil. Sambutan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan upacara yang gilang gemilang.
Para peserta yang terdiri daripada 82 staf USM dari Kampus Induk, Kampus Kesihatam, Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT)/ Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) sangat teruja dengan kata-kata semangat dan amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Sumber Manusia, YB Tuan Steven Sim Chee Keong.
Sambutan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta yang terdiri daripada para pekerja di badan berkanun, sektor awam dan swasta, juga kesatuan.
Perdana Menteri turut melancarkan inisiatif Kad Pekerja Madani yang memberi harapan baru untuk para pekerja. Ia selari dengan tema sambutan kali ini, 'Pekerja Kesuma Bangsa' yang memberi pengiktirafan terhadap peranan penting para pekerja sebagai tulang belakang negara.
Sambutan turut dimeriahkan dengan Karnival Ekspo Kerjaya Mega dan pelbagai acara, juga penghargaan.
Para wakil staf USM sangat berbesar hati dapat menyertai konvoi dua biji bas ini dan berharap semoga USM dapat mengadakan konvoi ini setiap tahun demi meraikan sambutan Hari Pekerja ini.