Expert Column

Amalan Pemakanan bagi Pesakit Kanser Semasa di dalam Rawatan

Nur Afiqah Norhisham, Fitreena Anis Amran
Published : 24 December 2021

Food Styling
                                                
Nur Afiqah Norhisham1, Dr. Fitreena Anis Amran2
1Fakulti Seni Komputer dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
2Kluster Sains Onkologi dan Radiologi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju,
Universiti Sains Malaysia

Pemakanan sihat adalah pemakanan yang dapat mengekalkan atau meningkatan kesihatan badan secara holistik. Pemakanan sihat merangkumi diet yang dapat membekalkan tubuh badan dengan nutrisi yang penting dan seimbang. Bagi kebanyakan individu, diet yang sihat merangkumi buah – buahan, sayur – sayuran, roti gandum dan bijirin penuh, kuantiti bilangan produk daging dan susu yang bersederhana, dan sejumlah kecik lemak, gula dan garam. Seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, pemakanan sihat merangkumi suku (karbohidrat), suku (protein) dan separuh (sayur-sayuran dan buah-buahan).

Namun begitu, bagi individu yang menghidap kanser, kaedah pemakanan mereka berbeza adalah daripada individu yang sihat. Individu penghidap kanser memerlukan makanan untuk mengekalkan kesihatan mereka dan menangani kesan sampingan rawatan. Mereka memerlukan kalori dan protein tambahan untuk melawan penyakit berbanding individu normal. Adalah penting, pengambilan nutrisi mestilah seimbang mengikut keperluan mereka. 

Pemakanan semasa menerima rawatan

Pemakanan yang baik penting sebelum, semasa, dan selepas rawatan kanser. Rawatan kanser merangkumi pembedahan, radiasi, kemoterapi, terapi hormon, imunoterapi dan terapi yang disasarkan.

Pesakit kanser memerlukan nutrisi penting untuk

  • Menghadkan perubahan berat badan untuk mengelakkan keadaan ‘Cancer Cachexia’
  • Membantu penyembuhan termasuklah luka pembedahan, kesan kemoterapi dan radioterapi
  • Memastikan badan memiliki tenaga yang cukup untuk mengatasi kesan rawatan di atas
  • Mengelakkan kehilangan jisim otot badan
  • Meningkatkan immunity badan melawan kanser dan penyakit lain
  • Pesakit kanser juga memerlukan protein dan kalori yang lebih berbanding individu normal. Ini termasuklah:
  • Susu segar, krim, keju, dan yogurt
  • Telur yang dimasak terutamanya telur putih
  • Daging putih (ayam, itik dan ikan)
  • Kekacang, buahan-buahan berkalori tinggi
  • Mentega dan marjerin dari sumber lemak tidak tepu
  • Minyak berasaskan sayuran atau kelapa sawit
Cara mendapatkan kalori dan protein tambahan

  • Makan makanan ringan seperti kekacang pada waktu lapang
  • Sediakan makanan yang sudah siap dimasak semasa berada di rumah, di pejabat, dan di dalam perjalanan jauh untuk memudahkan mendapatkan makanan.
  • Pilih minuman berkalori tinggi; susu segar, milk shake, atau jus.
  • Tambah keju dan mentega di dalam sandwic, roti, tortilla, telur, daging putih, dan sayuran.
  • Masukkan telur rebus, avocado, kacang, keju, dalam salad.
  • Gunakan mentega kacang atau sos salad berkrim sebagai celupan sayuran mentah
  • Minum madu tulen setiap hari 
  • Makanan buah kurma di waktu lapang dan di waktu pagi.
Pesakit kanser juga perlu mengambil makanan tinggi bahan antioksida, berserat tinggi dan tinggi Omega 3 untuk meningkatkan imuniti badan seperti:
  1. Buahan-buahan segar seperti betik, limau, pisang, pic’
  2. Sayur-sayuran seperti brokoli, kale, sayuran hijau, tomato
  3. Makanan berserat tinggi seperti bijirin
  4. Makanan kaya vitamin D seperti ikan kembung, ikan kod, cendawan
  5. Makanan tinggi Omega 3 seperti kunyit, halia, jintan manis, bawang merah, bawang putih, ‘beet root’, lada hitam, peria katak, minyak zaitun


Kesan sampingan dan cara menangani

Selain pemakanan sihat disebutkan di atas, pesakit juga perlu mengenal pasti kesan sampingan rawatan dan cuba menanganinya. Ini kerana, rawatan kanser seperti kemoterapi yang bertujuan untuk membunuh sel – sel kanser di dalam tubuh badan juga membunuh sel-sel baru di dalam tubuh. Antara kesan sampingan dan cara menanganinya adalah:



Scroll to Top