Announcement

Majlis Makan Malam Amal Kumpul Dana Pembinaan Bangunan Paliatif Kepala Batas, Pulau Pinang

Published : 15 August 2023

Banner Majlis Makan Malam Amal
IPPT, BERTAM, August 15 2023 -

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL (CHARITY GALA DINNER) PINK OCT 2023

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan MAJLIS MAKAN MALAM AMAL (CHARITY GALA DINNER) PINK OCT 2023 mengikut ketetapan berikut:                

Tempat
Bertam Resort Penang, Kepala Batas
Tarikh
21 Oktober 2023
Masa
7:00 Malam - 11:00 Malam
3.        Tujuan majlis amal ini diadakan sempena sambutan bulan kesedaran kanser payu dara sedunia iaitu PINK OCTOBER yang disambut pada setiap tahun. Majlis ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk pembinaan Bangunan Paliatif Kepala Batas, Pulau Pinang yang bakal menelan belanja RM3 juta. Derma awam memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan paliatif yang komprehensif dan selesa kepada mereka yang memerlukan. Pada masa kini, tiada pusat rawatan paliatif kerajaan di kawasan utara yang khusus untuk keperluan pesakit kanser. Pembinaan pusat paliatif ini adalah amat kritikal bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser di hujung nyawa. Aktiviti yang akan diadakan pada majlis amal ini ialah persembahan artis jemputan, jualan lukisan, hasil karya seni, seramik, beg, scarf, dan lain-lain.

4.         Tiket bernilai RM250/pax akan mula dijual pada 7hb Ogos 2023. Jualan meja secara penajaan dengan pakej menarik Platinum, Diamond, Gold dan Silver juga akan diadakan.  Pembelian tiket untuk hadir ke majlis makan malam amal ini akan memberikan sumbangan kepada pembinaan Bangunan Paliatif Kepala Batas. Sila imbas QR Code pada poster untuk pembelian tiket. Sebagai tambahan, derma atau sumbangan ikhlas dalam bentuk tunai juga amat dialukan. Sila imbas QR code untuk derma ikhlas atau deposit terus ke akaun program seperti di bawah. Sumbangan anda bakal mendapat pelepasan cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967.

98986101403567 (CIMB)
Majlis Makan Amal (Charity Gala Dinner) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

5.         Disertakan e-poster dan pautan kepada portal program tersebut iaitu https://bit.ly/3Kqs8tk atau imbas kod QR sebagai rujukan dan keterangan lanjut. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat menghebahkan maklumat ini kepada semua warga universiti dan masyarakat. Di atas kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sila hubungi untuk keterangan lanjut:
Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin (Emel : bakiah@usm.my)
Puan Intan Suriana Md Suhimi (Tel : +604 562 2106 / Emel : intansuriana@usm.my)

                                                                                                   SIla imbas QR Code Untuk Sumbangan Ikhlas


SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top