Achievement

Sekalung Tahniah – Pemenang Hadiah Saguhati USM MOOC CHALLENGE 2021

Published : 10 December 2021

Senarai Pemenang USM MOOC CHALLENGE 2021. Kredit foto: CDAE USM
USM, December 1 2021 -

Dr. Nurulisa Zulkifle

Tahniah diucapkan kepada Dr. Nurulisa Zulkifle (Kluster Sains Onkologi & Radiologi, IPPT) yang berjaya menempatkan diri dalam senarai pemenang USM MOOC CHALLENGE 2021 anjuran Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) yang melabuhkan tirainya pada 1 Disember yang lalu.

CDAE menganjurkan pertandingan ini buat kali yang kedua dengan objektif untuk mengiktiraf ahli akademik yang membangunkan kursus MOOC berkualiti di USM. Ia juga merupakan bentuk penghargaan kepada ahli akademik dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) atas inisiatif mereka dalam memanfaatkan teknologi, khususnya MOOC, dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta memperluaskan akses dalam pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, bilangan kursus MOOC yang ditawarkan di platform MOOC@USM (https://www.openlearning.com/usmmooc/) juga dapat ditingkatkan secara tidak langsung.

Pertandingan tahun ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 77 peserta individu dan juga berpasukan daripada pelbagai PTJ di seluruh USM. Daripada jumlah tersebut, 44 kursus telah berjaya disiapkan untuk dinilai dalam sesi penjurian yang berlangsung pada 16 November yang lalu. Keputusan penuh MOOC CHALLENGE 2021 boleh dilihat di laman facebook CDAE USM (https://www.facebook.com/cdae.usm).


Senarai Pemenang USM MOOC CHALLENGE 2021. Kredit foto: CDAE USM

Dalam pertandingan ini, Dr. Nurulisa telah membangunkan kursus MOOC bertajuk “Protein-Protein Interaction” yang membincangkan konsep interaksi protein-protein, kaedah makmal bagi identifikasi pasangan protein, pangkalan data yang berkaitan dan juga cara menganalisa dan mempersembahkan data interaksi protein dalam bentuk grafik. Kursus ini sesuai untuk penyelidik dan pelajar pascasiswazah yang memerlukan pengukuhan teori sebelum atau semasa menjalankan penyelidikan berkaitan interaksi protein. Ia ditawarkan secara percuma dan boleh diakses melalu laman web MOOC@USM atau melalui pautan https://www.openlearning.com/usmmooc/courses/protein-protein-interaction/homepage/ 

Syabas diucapkan! Semoga pengiktirafan ini dapat menjadi inspirasi untuk pencapaian yang lebih baik di masa akan datang.


Scroll to Top