Achievement

IPPT Terima 20 Pelajar Baharu Bagi Sidang Akademik 2024/2025

Published : 04 June 2024

PELAJAR BAHARU SIDANG AKADEMIK 2024/2025
IPPT, June 4 2024 -


BERTAM, 4 Jun 2024 - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah mengadakan program suai kenal Sarjana Perubatan (Perubatan Transfusi dan Perubatan Nuklear) bagi Sidang Akademik 2024/2025 di Dewan Kuliah A Sains@Bertam yang dikendalikan oleh Bahagian Akademik & Antarabangsa.
Program ini dimulai dengan sesi pendaftaran seramai 20 pelajar baharu yang didaftarkan, antaranya adalah 13 pelajar Perubatan Transfusi dan 7 pelajar Perubatan Nuklear dan diteruskan dengan taklimat pengenalan Bahagian Akademik & Antarabangsa daripada Dr. Ida Shazrina Ismail, Timbalan Pengarah (Akademik & Antarabangsa).

                                                                                                                                                                      Photo By NUR ANIS SYAMIMI
                                                                                                                                                      PELAJAR BAHARU SIDANG AKADEMIK 2024/2025

Program diteruskan lagi dengan taklimat pengenalan Bahagian Klinikal, Kelestarian & Piawaian oleh Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah (Klinikal, Kelestarian & Piawaian), manakala pengenalan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Hasni Arsad, Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Jaringan).
Taklimat mengenai Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) disampaikan oleh Puan Noor ‘Akidah Ubaidillah selaku Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Manakala, Puan Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi yang merupakan Penolong Pendaftar (Akademik & Antarabangsa) memberikan taklimat mengenai Hal Ehwal Akademik IPPT. Encik Muhammad Syauqi Baharom, Pegawai Sains (Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan) bersama dengan Encik Muhammad Hambali Soid (Pegawai Keselamatan) turut serta dalam memberikan  penerangan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) dan Puan Lizawati Muhammadan, Pustakawan Kanan IPPT pula menyampaikan taklimat berkenaan pengenalan Perpustakaan IPPT dan lawatan dikawasan Perpustakaan.
Taklimat mengenai AMDI Student Association (ASA) disampaikan oleh Dr. Asmida Isa yang merupakan Penasihat Persatuan Pelajar IPPT dan seterusnya mengadakan aktiviti suai kenal bersama persatuan.


Dr. Sharifah Azdiana Tuan Din merupakan Ketua Program Sarjana Perubatan (Perubatan Transfusi) turut serta pada taklimat tersebut Alumni  Dr. Khairulnisa Abd. Manap merupakan Pakar Perubatan Transfusi, Hospital Seberang Jaya menyampaikan taklimat kepada para peserta Program Sarjana Perubatan (Perubatan Transfusi). Program Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear) Dr. Mahayuddin Abdul Manap juga Ketua Program Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear) memberi taklimat program dan turut serta Dr. Nurul Nadiah Zulkifli, Pakar Perubatan Nuklear Hospital Pulau Pinang turut hadir bersama untuk sesi bersama Alumni kepada pelajar Program Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear).
Program suai kenal ini diadakan pada setiap pegambilan pelajar baharu bagi memberi peluang kepada mereka memahami dan menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran dan fasiliti yang terkini di IPPT dan juga dapat mengeratkan hubungan pelajar dan kakitangan Bahagian Akademik & Antarabangsa.

  

                                               Photo By NUR ANIS SYAMIMI
                                  PELAJAR BAHARU SIDANG AKADEMIK 2024/2025

                                                             Photo By NUR ANIS SYAMIMI
                                                  PELAJAR BAHARU SIDANG AKADEMIK 2024/2025

Teks disediakan oleh: Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi
Teks disunting oleh:  Nur Aqilah Tajul Ashikin & Mohd Husnul Mubaraq Mohd Sabri
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
4 Jun 2024

Scroll to Top