AMDI Story

PPUSMB Terima Lawatan Kerja Dari Hospital Sultan Zainal Abidin Perkukuh Hubungan Untuk Pemantapan Hospital

Published : 26 July 2024

LAWATAN KERJA HoSZA
PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, July 26 2024 -
PULAU PINANG, 26 Julai 2024: Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) hari ini, menerima kunjungan lawatan kerja dari Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), Terengganu.
Delegasi lawatan disambut baik oleh Dr. Rohayu Hami, Pensyarah Perubatan Jabatan Kesihatan Komuniti yang mewakili pihak Pengarah PPUSMB.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN KERJA HoSZA
Antara lain tujuan lawatan kerja adalah untuk bertukar-tukar pandangan dalam tatacara pengurusan governan dan penjanaan pendapatan hospital yang boleh diadaptasi oleh kedua-dua belah pihak.
Lawatan ini juga merupakan lawatan balas terhadap lawatan Pengurusan Tertinggi IPPT ke Hospital Sultan Zainal Abidin pada tahun 2022 yang lalu.
Seramai empat orang delegasi HoSZA yang diketuai oleh Encik Ahmad Termizi Ab Aziz, Timbalan Pengarah (Pengurusan); Encik Mohamad Muhaymein Ahmed Zawawi, Ketua Pusat Pengajian Bahasa (FUPL); Encik Mohd Azlan Che Mohd Noor, Ketua Unit Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan serta Encik Mohd Zulhilmi Mohd Rosli, Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Pembangunan, Perniagaan dan Pelaburan HoSZA meluangkan masa sehari di PPUSMB.
Sesi lawatan pada sebelah petang dimulakan dengan lawatan ke Unit Rehabilitasi, Wad Pesakit Dalam dan Klinik Perubatan Integratif. Lawatan tamat sekitar jam 4.00 petang.
Hadir sama meraikan delegasi adalah Puan Naziroh Shafii, Puan Nurul Amira Mohd Ali, Encik Mohd Razmy Mohd Yusof, Encik Muhammad Akasyah Baharum dan Encik Hasdi Md Akhir.
Photo By NORIZAN ISHAK                                                                                                                                                                        Photo By NORIZAN ISHAK                                                                                               
 LAWATAN KERJA HoSZA                                                                                                                                                                          LAWATAN KERJA HoSZA      
                                                                                                                                                                
                                                                                
Teks disediakan oleh : Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh : Naziroh Shafii
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
26 Julai 2024
Scroll to Top