BERTAM, February 13 2023 -
Lawatan panel penilai dan pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) serta sekretariat Majlis Pergigian Malaysia ke IPPT, USM adalah tujuan Penilaian Akreditasi Sementara Program Sarjana Sains Oral dan merupakan program klinikal 1+3 kepakaran pergigian (Ortodontik).
Panel penilai yang terlibat adalah seperti berikut, YBrs Prof Madya Dr. Aida Nur Ashikin Abd Rahman (Universiti Teknologi MARA), Pengerusi Panel Penilai, YBrs Dr. Wan Syariza Wan Ali (Universiti Sains Islam Malaysia), Penilai, YBrs Dr. Ithnaniah Abdul Wahab (Klinik Komuniti Tanglin, Kuala Lumpur), manakala penilai seterusnya Y.Brs Dr. Ili Mazlina Mukhtar (Sekretariat Majlis Pergigian Malaysia), Y.Brs Prof Madya Dr Khairil Aznan Mohamed Khan (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan juga Panel Pemerhati Majlis Pergigian Malaysia, Encik Mohd Hafifi Mohd Mazlan (Pegawai MQA).
Lawatan ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Akademik dan Antarabangsa IPPT, Dr. Ida Shazrina Ismail dan disusuli dengan pembentangan program Sarjana Sains Oral oleh Ketua Program, Prof Madya Dr. Norehan Mokhtar.
Semua panel telah dibawa melawat ke fasiliti akademik di Sains@Bertam, fasiliti klinikal di Klinik Pergigian 2 & 3 dan fasiliti penyelidikan di Makmal Penyelidikan Berpusat IPPT.
Program ini juga turut dihadiri oleh wakil daripada Pusat Swa Akreditasi USM, Dr. Mahadi Mohamad, Timbalan Pengarah, Cik Nur Amirah Zarifah Aniz dan Cik Nurul Ashikin Mohamad Niza.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua ahli Jabatan Sains Pergigian dan staf klinikal pergigian yang telah bertungkus-lumus dalam penyediaan audit tersebut.
Adalah diharapkan dengan lawatan ini, program Sarjana Sains Oral mendapat pengiktirafan akreditasi sementara dan dapat ditawarkan kepada pelajar pada penghujung tahun ini.
Teks oleh: Dr Noor Ayuni Ahmad Shafiai, Mahirah Mahyidin
Foto oleh: En Norizan Ishak, Dr Noor Ayuni Ahmad Shafiai, Dr Muhammad Azrul dan En Mohamed Hafiz Mansor