Community

KPT Prihatin Madani, Remaja Cerdas Untuk Kelestarian Hari Esok di Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu, Taiping Perak.

Published : 18 September 2023

Pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAMBU, TAIPING , PERAK, September 14 2023 -
Taiping, 14 September 2023, Kajian Merokok di Malaysia 2016 melaporkan gejala merokok di kalangan remaja amatlah membimbangkan, lima juta perokok negara ini terdiri daripada individu berusia bawah 18 tahun.Selain itu di dapati  setiap seorang daripada 10 rakyat Malaysia daripada kumpulan umur 13 tahun hingga 17 tahun adalah perokok. Merokok dalam kalangan remaja negara amat membimbangkan dan wajar ditangani segera

Justeru, PPUSMB mengambil langkah dengan mengadakan program KPT KPT Prihatin Madani, Remaja Cerdas Untuk Kelestarian Hari Esok di Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu, dan Taiping Perak dengan menumpukan kepada kempen kesedaran bahaya merokok. Program yang Program tersebut telah disertai oleh 8 orang jururawat dari PPUSMB menjadi fasilitator program. Seramai 121 orang pelajar tahun 6 terlibat dan antara aktiviti yang dijalankan antaranya Kesihatan Remaja dan Katakan Taknak pada Rokok dan VAPE yang disampaikan oleh Puan Siti Fatimah Shari. Selain itu, beberapa aktiviti fizikal dan berkumpulan dijalankan bersama murid tahun 6. Murid tersebut dibahagikan kepada 10 kumpulan. Aktiviti yang dilakukan adalah seperti  Teka silang kata ,crossword (Magical pen), Puzzle Funky Frame, Fish in the hole dan Lucky ball.



                                                         

Program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman dan mencungkil potensi kanak-kanak dan meningkatkan kefahaman tentang bahaya merokok dan mencegah rokok dan VAPE sebagai penyelesaian kepada masalah tekanan dan stress di kalangan remaja.Tabiat merokok dan VAPE tidak mencerminkan identiti, budaya dan agama bahkan sebenarnya menjadi antara lambang kepada kelemahan sesebuah bangsa dan membinasakan.

Secara keseluruhan, program ini telah berjalan dengan baik dan mencapai  objektifnya . Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampong Jambu Taiping , Perak diatas jemputan bagi menjayakan program ini.






SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top