Community

‘Mastering Basic Cell Culture Workshop’ (MABCET 2024)

Published : 26 July 2024

Para peserta merakamkan gambar bersama Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan) IPPT
BILIK SEMINAR ARC DAN MAKMAL SEL KULTUR 6, CRL 4, July 26 2024 -

Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah menganjurkan ‘Mastering Basic Cell Culture Workshop’ pada 26 Julai 2024 yang lalu bertempat di Bilik Seminar, ARC dan Makmal Sel Kultur 6, CRL 4. Bengkel yang diadakan selama satu (1) hari ini telah diadakan melalui kerjasama dengan syarikat Biotek Abadi Sdn. Bhd.

Photo By CRL
Para peserta merakamkan gambar bersama Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan) IPPT

Teknik sel kultur adalah teknik asas dalam bidang penyelidikan biologi dan perubatan. Ianya merujuk kepada proses pertumbuhan sel atau tisu organisma secara in-vitro dibawah keadaan yang aseptik. Pemilihan teknik sel kultur dibuat adalah kerana menyedari hakikat bahawa implementasi teknik asas ini cukup tinggi didalam aktiviti penyelidikan pelajar dan penyelidik di IPPT. Ini telah dibuktikan dengan tahap penggunaan fasiliti sel kultur yang sangat tinggi melibatkan kesemua makmal-makmal diuruskan pihak CRL.  

Bengkel yang memberi pendedahan kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran asas dalam teknik ini disertai seramai hampir 50 peserta yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan penyelidik dari dalam IPPT dan organisasi luar IPPT.

Photo By CRL
Sesi teori dikendalikan oleh penceramah jemputan


Pendekatan bengkel ini adalah secara teori dan praktikal. Buat julung kalinya juga, pihak CRL telah menyediakan platform atas talian khusus untuk memberi akses seluas-luasnya kepada peserta yang berminat untuk menyertai sesi teori yang diadakan. Bagi sesi teori, ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Ben Puah daripada syarikat Biotek Abadi Sdn. Bhd. Melalui slot ini, beliau telah berkongsi dengan para peserta antaranya faktor asas yang perlu dikawal dan diberi perhatian didalam teknik sel kultur contohnya semasa peringkat pemilihan sampel, penggunaan media pertumbuhan dan kandungan komponen yang bersesuaian, persekitaran pertumbuhan yang optimum dan perhatian kepada teknik aseptik untuk meminimumkan kontaminasi. Di akhir sesi teori, para peserta berpeluang berinteraksi dengan penceramah untuk mendapatkan penjelasan atas sebarang kemusykilan. Bengkel diteruskan pula dengan sesi praktikal dan demonstrasi yang diketuai oleh penceramah jemputan dengan dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri dari warga CRL.   

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah diadakan dengan jayanya dan maklumbalas yang diterima dari para peserta diakhir program sangat memberangsangkan. Pihak CRL juga sangat menghargai komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan bengkel ini, terutamanya para pensyarah yang telah sudi menyumbangkan sel untuk digunakan oleh para peserta didalam sesi praktikal yang diadakan.

 
SDG 3: Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages

SDG 4: Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all

Disediakan oleh: Ahmad Farid bin Asmail@Ismail  


SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
Scroll to Top