Iklan Jawatan Kosong
BERTAM, November 10 2021 -
Kami dengan sukacitanya ingin mempelawa mana-mana individu yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan kosong Pegawai Perubatan UD43 (Kontrak) di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia.

SYARAT DAN KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia.
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.
3.  Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.
4. Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan.

GAJI DAN IMBUHAN

Penetapan gaji permulaan adalah berdasarkan kepada kelayakan dan pengalaman calon dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Universiti.

CARA MEMOHON

Calon perlu menghantar borang permohonan bersama butir jaya diri (CV) dan dokumen sokongan yang berkaitan melalui e-mel kepada :-

Dr. Noor Khairiah A. Karim
Timbalan Pengarah (Klinikal, Kelestarian dan Piawaian) Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia (USM), Bertam
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang
E-mel : drkhairiah@usm.my

Permohonan yang diterima akan dipertimbangkan dengan sewajarnya. Hanya calon yang layak dan disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga. Sila hubungi Puan Zahanim Abu Hasan melalui emel [zahanim@usm.my] untuk sebarang pertanyaan lanjut.

TARIKH TUTUP : 30 NOVEMBER 2021
Scroll to Top