BERTAM, July 28 2023 -
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) melalui Breast Cancer Translational Research Program (BCTRP@IPPT) dengan kerjasama Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) akan menganjurkan beberapa siri forum, seminar dan saringan kesihatan bersempena dengan Program Kesedaran Kanser Payudara dan Pink October 2023 sepanjang bulan Julai hingga ke kemuncak sambutan pada Oktober 2023.
Program yang disokong oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Badan Sokongan Pesakit Kanser Seberang Perai adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara dikalangan masyarakat Pulau Pinang dan utara semenanjung Malaysia melalui aktiviti-aktiviti yang bertemakan "We Care" bagi memupuk kesedaran tentang saringan dan pengesanan awal, meningkatkan pengetahuan berkaitan risiko dan rawatan serta membangunkan sistem sokongan dikalangan komuniti setempat dalam meningkat kualiti hidup pesakit dan sokongan emosi keluarga yang terkesan dengan penyakit kanser payudara.
Oleh itu, pihak penganjur ingin menjemput warga USM dan masyarakat sekitarnya menyertai forum yang akan dianjurkan pada ketetapan berikut:
Tajuk : “Pemakanan & Risiko Terhadap Kanser” &
“Minda Sihat: Kekal Positif Ketika Berdepan Ujian Kanser”
Tarikh : 28 Julai 2023
Masa : 10 pagi – 12 tengahari
Tempat : Foyer Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB)
Bertam Kepala Batas
Moderator : Prof Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya
Panel : Dr. Farris Iman Leong Abdullah & Dr. Rabeta Mohd Salleh
Warga USM dan masyarakat juga boleh akses kepada forum di atas dengan cara scan pada QR code bagi mengikuti secara live di platform Facebook dan YouTube.
1. Facebook AMDI : https://www.facebook.com/ipptusm
2. Facebook PPUSMB : https://www.facebook.com/ppusmb
3. YouTube AMDI : https://www.youtube.com/watch?v=NqIWdup4XW4
BCTRP@IPPT dan PPUSMB amat berbesar hati untuk mengajak warga USM dan masyarat Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada komuniti yang mendokong usaha murni bagi memperkasakan golongan wanita dalam meningkatkan kesedaran mereka tentang kanser payudara, menyediakan sokongan kepada survivors, dan memastikan aksesibiliti kepada sumber-sumber maklumat dan rawatan untuk komuniti yang pelbagai latarbelakang. Dengan menangani isu kesihatan penting ini, program ini berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan wanita dan mendorong masyarakat yang lebih inklusif.
PROF MADYA DR BADRUL HISHAM YAHAYA
Ketua, Breast Cancer Translational Research Program (BCTRP@IPPT)
Pengerusi Jawatankuasa Program Kesedaran Kanser Payudara & Pink October 2023