BERTAM, 10 dan 11 OKTOBER 2024 - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah mengadakan Program Orientasi Calon Baharu Sarjana Sains Mod Kerja Kursus dan Mod Penyelidikan bagi Sidang Akademik 2024/2025 di Dewan Kuliah A , Block C, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Sains@Bertam (IPPT) serta di Kompleks Penyelidikan Haiwan dan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) Kepala Batas.
Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran dan diteruskan dengan taklimat mengenai pengenalan Hal Ehwal Akademik & Pelajar dan Ketua Jabatan oleh Dr. Ida Shazrina Ismail, Timbalan Pengarah (Akademik & Antarabangsa) manakala Penenalan kepada Perkhidmatan Klinikal IPPT pula disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah (Klinikal, Kelestarian & Piawaian).
Taklimat mengenai Pengenalan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hasni Arsad, Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Jaringan). Manakala Encik Muhammad Hambali Soid yang merupakan Pegawai Keselamatan memberi taklimat mengenai Pengenalan Seksyen Keselamatan. Puan Noor ‘Akidah Ubaidillah selaku Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, IPPT memberi penerangan mengenai Pengenalan Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT). Manakala, Puan Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi merupakan Penolong Pendaftar (Akademik & Antarabangsa) memberikan taklimat mengenai Hal Ehwal Akademik IPPT, turut serta dalam memberikan penerangan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) iaitu Dr. Maisarah Nasution Waras.
Photo By NORIZAN ISHAK
Program Orientasi Calon Baharu Sarjana Sains Mod Kerja Kursus dan Mod Penyelidikan
Seterusnya, taklimat mengenai AMDI Student Association (ASA) disampaikan oleh Dr. Asmida Isa yang merupakan Penasihat Persatuan Pelajar IPPT. Puan Lizawati Muhammadan, Ketua Bahagian Perpustakaan IPPT pula menyampaikan mengenai Pengenalan Perpustakaan IPPT. Turut serta pada sesi Pengenalan kepada Program Sarjana Sains (Sains Senaman Klinikal) & Sesi bersama Alumni iaitu Dr. Nurdiana Zainol Abidin.
Manakala bagi taklimat mengenai Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC) disampaikan oleh Pn. Siti Meszaida Mohd Ehsan Bahagian Penyelidikan, dan Jaringan, Penolong Pendaftar Kanan dan Pn. Rafedah Abas merupakan Pegawai Sains memberikan taklimat mengenai Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat. Seksyen Penyelidikan Haiwan diterangkan oleh Dr. Nor Azlina Khalil.
Photo By NORIZAN ISHAK
Program Orientasi Calon Baharu Sarjana Sains Mod Kerja Kursus dan Mod Penyelidikan
Pn. Nurul Amira Mohd Ali selaku Penolong Pendaftar Kanan (Bahagian Klinikal, Kelestarian dan Piawaian) memberikan taklimat bahagian Kauter Pendaftaran dan Unit Rekod Perubatan. Bagi Rawatan Harian dikendalikan oleh Pn. Law Kim Sooi iaitu Ketua Perkhidmatan Kejururawatan bagi lawatan ke Makmal Diagnostik Klinikal dikendalikan oleh Dr. Hafizuddin Mohamed Fauzi iaitu Ketua Unit Makmal Diagnostik Klinikal. En Md Hisham Abd Razak, Ketua Unit Farmasi pula mengetuai sesi lawatan ke Unit Farmasi. Lawatan ke Klinik Pergigian dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Norehan Mokhtar, Ketua Perkhidmatan Pergigian.
Photo By NORIZAN ISHAK
Program Orientasi Calon Baharu Sarjana Sains Mod Kerja Kursus dan Mod Penyelidikan
Program suai kenal ini diadakan setiap kali pengambilan pelajar baharu bagi memberi peluang kepada mereka memahami dan menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran dan fasiliti yang terkini di IPPT dan melalui program orientasi ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan kakitangan Bahagian Akademik & Antarabangsa.
Teks disediakan oleh: Sharifah Fawziah Al-Gadri Syed Mahdzor & Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
11 Oktober 2024