Community

PROGRAM IBADAH QURBAN DAN AQIQAH IPPT & PPUSMB 1444H/2023

Published : 02 July 2023

Gambar 1
BERTAM, July 2 2023 -
Sambutan Hari Raya Aidiladha di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) yang telah berlangsung semalam dan program ibadah korban ini dijalankan bersama warga IPPT, PPUSMB dan komuniti.

Lebih meriah lagi, penyertaan ibadah korban ini turut disertai oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia. 

Sebanyak 5 ekor lembu dan 5 ekor kambing telah dikorbankan melalui penyertaan warga IPPT, PPUSMB dan komuniti, serta seekor lembu sumbangan YaPEIM kepada IPPT menjadikan jumlah keseluruhan 6 ekor lembu dan 5 ekor kambing.

Seterusnya, program bermula seawal jam 8.00 pagi dan sumbangan sedekah  daging korban diagihkan pada jam 12.00 tengahari kepada fakir miskin dan B40, manakala staf IPPT, PPUSMB serta komuniti menerima bahagian hadiah daging korban. 

Agihan daging korban disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM sendiri dan beliau berterima kasih serta turut menyatakan hasrat untuk terus bersama program seperti ini di masa akan datang. 

Banyak kelebihan dan hikmah disebalik pelaksanaan ibadah korban ini, antaranya adalah dapat melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat rezeki yang telah dikurniakan, disamping berkongsi rezeki bersama masyarakat yang lebih memerlukan.
Seperti Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 34:
????????? ???????? ????????? ????????? ?????????????? ????? ??????? ?????? ??? ????????? ????? ????????? ?????????????
“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan korban sampai mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka.”
Scroll to Top