AMDI Story

PROGRAM BINA PASUKAN SEKSYEN KEJURUTERAAN, SEKSYEN IT DAN PEJABAT PEMBANGUNAN PROJEK KHAS PERINGKAT IPPT USM

Published : 07 August 2024

PROGRAM BINA PASUKAN
GOPENG GLAMPING PARK, PERAK., July 26 2024 -


PULAU PINANG, 26 Julai 2024: Dengan tema "Memacu Semangat Kumpulan," telah berlangsungnya Program Bina Pasukan yang melibatkan gabungan staf dari Seksyen Kejuruteraan, Seksyen IT dan Pejabat Pembangunan Projek Khas Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM bermula 26 hingga 27 Julai 2024 bertempat di Gopeng Glamping Park, Perak.
Seramai 41 orang staf dari gabungan Seksyen Kejuruteraan, Seksyen IT dan Pejabat Pembangunan Projek Khas IPPT USM yang diketuai oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon selaku Timbalan Pengarah (Pembangunan Projek Khas), Encik Shahrulnizam Mohamad Nor (Ketua Seksyen Kejuruteraan) dan Encik Mohammad Fauzi Yahaya (Ketua Seksyen IT) telah terlibat dalam merangka program bagi membina budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan staf.

Aktiviti Cabaran ATV


Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memupuk kerjasama dan kesepaduan melalui aktiviti yang memerlukan usaha bersama dan strategi kumpulan, meningkatkan kemahiran komunikasi peserta untuk memastikan aliran maklumat yang jelas dan berkesan dalam organisasi, membangunkan kepimpinan dan kepercayaan dengan memberi peluang kepada peserta untuk memimpin dan menguruskan aktiviti dalam kumpulan.

Antara ahli bina pasukan yang menyertai program ini.


Antara aktiviti utama yang telah dilaksanakan dalam program ini termasuklah “Pembinaan Kreatif,” di mana peserta bekerjasama untuk membina struktur menggunakan bahan yang disediakan oleh penganjur, menguji kemahiran mereka dalam merancang dan mengkoordinasi penyampaian maklumat dan tindakan. Selain itu, aktiviti “Pemimpin Dinamik” turut diadakan, di mana peserta diberi peluang untuk mengambil alih peranan kepimpinan dalam situasi simulasi, memupuk kemahiran pengurusan dan membuat keputusan.


Terdapat juga, aktiviti-aktiviti lain yang menarik telah dijalankan iaitu seperti “Komunikasi Berkesan dan Fokus” dalam aktiviti permainan seperti All Terrain Vehicle (ATV) dan whitewater rafting yang menekankan kepentingan komunikasi yang jelas dan efektif serta fokus dalam setiap arahan dan tindakan dalam mencapai matlamat kumpulan.
Semua peserta telah menunjukkan komitmen sepenuhnya sepanjang program ini. Program ini bukan sahaja meningkatkan semangat kerjasama berpasukan tetapi juga menyediakan platform yang berharga untuk pembangunan kerjaya dan meningkatkan motivasi diri.

Sesi bergambar sebelum bertolak ke program bina pasukan.


Teks disediakan oleh :  Noor Fazlina Mohtar, Shafiza Omar & Profesor Madya Dr.Rafidah Zainon
Teks disunting oleh   :  Nur Aqilah Tajul Ashikin
Foto: Shafiza Omar & Noor Fazlina Mohtar
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
6 Ogos 2024

Scroll to Top