Announcement

Jom Sertai Majlis Makan Malam Amal Pink October 2023

Published : 15 August 2023

Banner Majlis Makan Malam Amal
IPPT, BERTAM, October 21 2023 -

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PINK OCTOBER 2023
(KUTIPAN DANA PEMBINAAN BANGUNAN PALIATIF USM)


IPPT membawakan Majlis Makan Malam Amal sempena sambutan bulan kesedaran kanser payu dara sedunia iaitu Pink October 2023 yang disambut pada setiap tahun.

Majlis ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk pembinaan Bangunan Paliatif Kepala Batas Pulau Pinang yang bakal menelan belanja RM3 juta. Derma awam memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan paliatif yang komprehensif dan selesa kepada mereka yang memerlukan. Pada masa kini, tiada pusat rawatan paliatif kerajaan di kawasan utara yang khusus untuk keperluan pesakit kanser. Pembinaan pusat paliatif ini adalah amat kritikal bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser di hujung nyawa. Untuk pesakit paliatif, mereka mempunyai diagnosis penyakit yang mengancam nyawa. Kemerosotan keadaan penyakit adalah satu proses dan bukan satu kejadian sekelip mata.

Majlis makan malam amal akan diadakan pada: 21hb Oktober 2023 di Bertam Resort Penang, Kepala Batas, Pulau Pinang. Grand ballroom resort ini sangat menarik dengan pelbagai kemudahan dan menjadi pilihan ramai.

Kami tampilkan kepada anda persembahan istimewa daripada artis jemputan, jualan lukisan, hasil karya seni, seramik, dan lain-lain.

Tiket serendah RM250/pax telah mula dijual pada 7hb Ogos 2023. Jualan meja secara penajaan dengan pakej menarik Platinum, Diamond, Gold dan Silver juga akan diadakan.

Derma atau sumbangan ikhlas dalam bentuk tunai juga amat dialu-alukan.


Sila layari laman web: https://bit.ly/3Kqs8tk atau sila skan QR code untuk derma ikhlas atau deposit terus ke akaun program seperti di bawah.

Sumbangan anda bakal mendapat pelepasan cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967.

Jom sertai kami dalam Majlis Makan Malam Amal dan program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia!

Jom bantu kami Like dan Share page Pink October 2023 sebagai tanda sokongan anda!

98986101403567 (CIMB)
Majlis Makan Amal (Charity Gala Dinner) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


#makanmalamamal #galadinner #pinkoctober #pinkoctober2023


-->
Scroll to Top