-
Delegasi IPPT diketuai oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) dalam rangka lawatan kerja ke Medan Indonesia pada 21-23 November 2022 menerima undangan daripada pihak Lembaga Layanan Pendidikan Tinggi Wilayah I Sumatera Utara susulan daripada lawatan kerja pihak berkenaan ke IPPT pada bulan September yang lalu.
Antara rangka lawatan kerja adalah Majlis Penandatangan Memorandum Perjanjian (MoA) antara USM dan Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Kisaran. Turut ditandatangan adalah Letter of Intent for Collaboration bersama enam belas (16) buah institusi seperti Akademi Keperawatan Malahayati Medan, Akademi Kebidanan Armina Centre Panyabungan, Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Sehat Medan, Akademi Kebidanan Sentral, STIKES Darmais Padangsidimpuan, Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Arta Kabanjahe, Institut Kesehatan Helvetia, Akademi Kebidanan Kharisma Husada Binjai, Akademi Kebidanan Langkat, Akademi Kebidanan Madina Husada, Institut Teknologi dan Kesehatan Sumatera Utara, Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Kesehatan Baru, Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Namira Madina, Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Sehati, Universitas Haji Sumatera Utara dan STIKES Mitra Husada.
Lanjutan daripada perbincangan dua hala bersama pihak-pihak berkenaan, pihak Lembaga Layanan Pendidikan Tinggi Wilayah 1 Sumatera Utara (LLDIKTI) yang berpusat di Medan bercadang untuk memperluaskan kolaborasi bersama USM dengan kira-kira 500 buah institusi dalam kawasan Jajahan 1, 10 dan 13 Sumatera Utara. Untuk fasa pertama pihak LLDIKTI akan memfokuskan kepada 216 buah institusi di bawah Jajahan 1 Sumatera Utara.
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju amat mengalu-alukan jaringan kerjasama dan kolaborasi antarabangsa sama ada dalam bidang kesihatan, akademik dan juga penyelidikan dan berharap untuk meneroka lebih banyak lagi peluang kerjasama pada masa hadapan.
Teks: Naziroh Shafii