www.hishamacademy.com
IPPT, BERTAM, July 8 2021 -
25 Jun 2021 adalah hari yang bersejarah kepada En. Md Hisham Abd Razak kerana pada hari tersebut, eBuku pertama beliau telah diterbitkan melalui platform www.hishamacademy.com, iaitu eBookStore miliknya sendiri.

 Platform www.hishamacademy.com,

Encik Md Hisham Abd Razak, Pegawai Farmasi yang telah berkhidmat selama 28 tahun bersama USM (1 tahun sebagai Pegawai Farmasi Pelatih, 16 tahun sebagai Pegawai Farmasi di HUSM dan 12 tahun sebagai Pegawai Farmasi di IPPT). Sebelum ini beliau telah banyak menghasilkan buku fizikal dan eBuku yang disampaikan secara dalam format pdf yang dikongsikan secara percuma kepada kenalan dan peserta-peserta latihan. Hasrat untuk menerbitkan buku fizikal berbayar telah lama diimpikan tetapi sehingga ke hari ini tidak kecapaian. 

Dengan penerbitan kendiri eBuku diplatform ini, maka impian untuk melebarkan aktiviti perkongsian ilmu telah menjadi kenyataan. Sesuai dengan saranan USM agar pegawai gred 52 ke atas untuk keluar berkongsi ilmu dengan masyarakat. Beliau sebenarnya baru sahaja berkenalan dengan platform eBookStore ini pada 14 April 2021 dan mula menghadiri seminar-seminar berkaitan eBuku dan eBookstore tersebut. Seterusnya beliau telah membeli platform francais eBookStore pada 2 Mei 2021 dan menamakan domain eBookStore tersebut dengan www.hishamacademy.com.
 

Encik Md Hisham Abd Razak

"Sebelum ini saya juga pernah beberapa kali menghadiri sesi penerangan tentang micocredentialing di bawah USM, tetapi belum nampak dengan jelas platform tersebut untuk mengukuhkan kecenderungan saya dalam penulisan serta perkongsian ilmu dan maklumat. Namun saya telah dijemput untuk menghadiri seminar atas talian pada 14 Jun 2021 yang menerangkan tentang pelancaran indie@usm yang dirasmikan oleh Naib Canselor pada 18 Jun 2021. Saya melihat ini adalah 2 platform yang akan digunakan untuk menyebarkan hasil eBuku saya serta hasilan orang lain. Sehingga kini saya telah menerbitkan dua eBuku melalui www.hishamacademy.com, satu melalui indie@usm, satu lagi baru dihantar kepada editor dan beberapa lagi draf telah dimulakan".

2 judul eBuku yang telah Diterbitkan

Kejayaan dan kemanisan penerbitan eBuku kedua beliau adalah buku ini diterbitkan serentak di kedua-dua platform www.hishamacademy.com dan https://indiework.usm.my/index.php?_route_=Transformasi-Minda pada 9 Julai 2021. Selain itu, terdapat juga 2 eBuku beliau yang percuma diterbitkan di platform www.hishamacademy.com. Buku ketiga berbayar akan diterbitkan dalam tempoh terdekat. 
  
eBuku Terbitan akan Datang

Berkongsi pengalaman bagaimana beliau melapangkan masa untuk menulis, sebenarnya ia bermula dari minatnya yang suka membaca. Sejak dari kecil beliau minat membaca novel dan mengunjungi perpustakaan. Kebiasaannya beliau akan mula menulis pada jam 3 pagi kerana pada waktu itu tidak banyak gangguan dan idea datang dengan lancar. Berkenaan dengan bahan untuk menulis pula, beliau memang sudah ada banyak koleksi dari bahan bacaan yang dikumpul untuk kursus-kursus di mana beliau telah dijemput untuk menjadi penceramah.

Selain dari menjadi Pegawai Farmasi, beliau merupakan pakar rujuk bagi bidang berkaitan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK), 5S, Pengurusan Kejat (Lean Management), Pemikiran Kreatif dan ISO9001. Beliau sering menjadi pemudahcara dan penceramah bagi bengkel dan program dalam bidang tersebut. Beliau juga adalah Ketua Cawangan Latih di Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Malaysia. Sebagai Ketua Cawangan Latih, beliau telah menghadiri 5 kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah. Ini semua memberikan beliau kelebihan dalam penghakupayaan dan tambah nilai kepadanya dan juga orang di sekelilingnya.

Baginya, beliau sentiasa bersedia untuk membimbing sesiapa yang berminat untuk menulis dan menerbitkan eBuku tidak kira di mana sahaja. Kemajuan ICT memudahkan perkara ini sambil mendalamkan kemahiran diri dalam dunia digital. Bagi yang berminat berkaitan penerbitan dan penulisan ebuku ini, bolehlah menghubungi beliau seperti yang tertera di bawah.
 
Md Hisham Abd Razak
Pegawai Farmasi Logistik
IPPT
hisham.ar@usm.my 012-4956661

Scroll to Top