Collaboration

‘A Scientific Seminar On Translational Research’ Bersama Profesor Dr. Li Gang Dari “The Chinese University Of Hong Kong”

Published : 13 June 2023

Profesor Dr. Li Gang Bersama Peserta Seminar
BERTAM, June 13 2023 -
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah mengadakan seminar selama 2 hari di Auditorium SAINS@Bertam bersama tetamu jemputan Profesor Dr. Li Gang dari The Chinese University Hong Kong.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengarah IPPT, Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin dan seminar ini juga telah dijalankan secara maya dengan menggunakan aplikasi Webex.

Selain itu, objektif utama seminar ini adalah untuk berkongsi idea, bimbingan dan pengalaman daripada Profesor Dr. Li Gang untuk menjadi saintis yang berjaya dimasa hadapan.

Prof Dr. Li Gang telah menyampaikan sesi perkongsian yang bertajuk ‘Insights from Distraction Osteogenesis From Interest, Research to Novel Clinical Applications’ dan ‘Specialist Clinic’ pada hari pertama seminar.

Seterusnya, dalam seminar sesi perkongsian ilmu oleh Prof Dr Li Gang diteruskan pada hari berikutnya dengan tajuk ‘Circulating Mesenchymal Stem Cell: Biology and Clinical Implications SEC2 Mutant Maintains Bone Homeostasis via Regulating Crosstalk Between Bone Formation’ dan ‘Host T Cell Effector Immunity’.

Seminar ini diakhiri dengan sesi fotografi bersama peserta dan penceramah dan diharapkan seminar seperti ini dapat memberi peluang kepada penyelidik berkongsi ilmu pengalaman dan memperluas lagi pengetahuan bersama.

Teks: Mahirah Mahyidin
Scroll to Top