Announcement

Hebahan Seminar Latihan Penyakit Immunodefisiensi Primer (PID)

Published : 30 July 2022

POSTER
SAINS@BERTAM, July 30 2022 -
Hebahan Bagi Seminar Latihan Penyakit Immunodefisiensi Primer (PID)

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia akan
menganjurkan Seminar Latihan Penyakit Immunodefisiensi Primer (PID). Sehubungan itu, sukacita kami
menjemput Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan ataupun staf berkaitan untuk turut mengikuti seminar ini yang
akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tajuk : Seminar Latihan Penyakit Immunodefisiensi Primer (PID)
Tarikh : 24 September 2022 (Sabtu)
Masa : 2 Ptg – 5 Ptg
Kaedah : Webex
Bayaran : RM 35/orang
Akaun : CIMB ( Universiti Sains Malaysia)
No Akaun : 98986101402838
Anjuran : Unit Imunodefisiensi Primer Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM
Mata CPD : 4 mata CPD MMA diberikan


3. Bersama-sama ini disertakan brosur program tersebut untuk penelitian dan tindakan Y. Bhg.
Dato’/Datin/Tuan/Puan. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan perubatan
mengenai Penyakit Imunodefisensi Primer (PID). Ia juga dapat memberikan pengetahuan kepada Kakitangan
Perubatan mengenai cara perawatan PID. Secara tidak langsung melalui seminar ini juga ianya dapat
memberikan pengetahuan kepada kakitangan perubatan mengenai salah satu daripada perawatannya iaitu
perkhidmatan klinikal dan makmal diagnostik yang menjalankan beberapa ujian imunologi. Ujian untuk
penghasilan antibodi tertentu dan penilaian tahap keupayaan sistem imunisasi bertindak balas kepada vaksin.

4. Mohon emelkan bukti pembayaran kepada Puan Firdaus Farhani Binti Bakar (firdaus.farhani@usm.my)
dan nyatakan nama serta No. Kad Pengenalan tuan/puan. Mohon pihak tuan/puan memberi maklumbalas
kepada pihak kami sebelum/pada 17 September 2022 (Sabtu) dan sebarang maklumat berhubung dengan
seminar ini boleh diajukan kepada Puan Azizah Ismail (azizahismail@usm.my) atau Puan Firdaus Farhani Binti
Abu Bakar (firdaus.farhani@usm.my) ditalian 0198523775.
Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan pertimbangan pihak Y. Bhg.
Dato’/Datin/Tuan/Puan bagi menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,

DR. INTAN JULIANA BINTI ABD HAMID
Pengerusi
Seminar Latihan Penyakit Immunodefisiensi Primer (PID)
Scroll to Top