Community

IPPT Memperkasakan Kesedaran Sains Dan Teknologi Melalui EID Stem Outreach Di Taiping Perak

Published : 20 September 2023

Para fasilitator dari IPPT dan guru SK Kampung Jambu di acara penyampaian hadiah
SEKOLAH. KEBANGSAAN KAMPUNG JAMBU, TAIPING, September 14 2023 -
Pada tanggal 14 September lalu, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) melalui program penyelidikan Emerging Infectious Disease (EID) telah sekali lagi memperkasakan jangkauan kesedaran sains dan teknologi berkaitan kesihatan ke daerah Taiping, Perak. Program ini adalah lanjutan siri program EID STEM Outreach ke sekolah-sekolah rendah di zon utara Malaysia.

Program ini yang diketuai oleh Dr Hazrina Yusof Hamdani, pensyarah kanan dari Jabatan Bioperubatan, IPPT, telah mendapat tajaan daripada Malaysian Society for Molecular Biology and Biotechnology (MSMBB).

Program ini mensasarkan sejumlah 731 murid di Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu merangkumi darjah 1 hingga 6.  Di sepanjang program berlangsung murid-murid telah diberikan pendedahan berkenaan virus dan penyakit-penyakit berjangkit yang umum dijumpai dalam komuniti.


Pelajar darjah 6 melakukan aktiviti kuiz di ceramah virus dan DNA

Pelajar diperkenalkan dengan struktur asas unit kewarisan benda hidup, DNA

Selain itu, murid juga didedahkan dengan cabang ilmu berkaitan bidang biologi molekul.  Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya ceramah virus dan DNA, eksperimen mengekstrak DNA, pameran poster dan kuiz penyakit berjangkit, dan pertandingan mewarna. Hadiah juga turut diberikan kepada para pemenang.

Di samping itu, para pelajar pascasiswazah IPPT yang terdiri dari pelajar dalam dan luar negara juga turut menyertai program ini dan bertindak sebagai fasilitator. Para pelajar terutamanya pelajar luar negara menyatakan kegembiraan menyertai program ini kerana dapat berinteraksi dan mengenali dengan lebih dekat budaya sekolah rendah tempatan.  


Pelajar didedahkan dengan penyakit berjangkit umum yang ditemui dalam komuniti.

Pertandingan mewarna di kalangan murid darjah 1-6 bertemakan penyakit berjangkit.

Aktiviti program ini mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan daripada pihak sekolah. Justeru itu, program ini juga selari dengan hasrat universiti dalam memenuhi visi HEBAT agenda Universiti Sains Malaysia. Oleh itu, pihak program penyelidikan EID berharap agar program ilmiah sebegini dapat ditambah baik dan diteruskan pada masa hadapan dalam usaha mencapai kelestarian translasi ilmu dan memberi impak dan manfaat besar kepada masyarakat di sekitar utara Malaysia.

Berita oleh: Dr Asmida Isa/Dr Noorsuzana Mohd Shariff




SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
Scroll to Top