Community

Hampir 300 Kanak-Kanak Sekitar Bertam Mendapat Manfaat Daripada Program Sisih Demi Senyuman Si Comel

Published : 30 October 2023

Gambar sebahagian AJK, gambar ketika program berlangsung dan poster program.
PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, October 28 2023 -

Sempena Karnival Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Pulau Pinang yang diadakan di PPUSMB baru-baru ini, Jawatankuasa 5S Zon 2 IPPT dan Makmal Diagnostik Klinikal (CDL) telah berganding-bahu menganjurkan Program Sisih Demi Senyuman Si Comel di bawah aktiviti Toys And Book Donation.

Program lestari ini dijalankan dengan mengumpul alat-alat permainan, buku-buku dan alat tulis terpakai daripada para staf dan para penduduk sekitar Bertam sebulan sebelum karnival diadakan. Semua barangan yang terkumpul termasuklah pakaian, telah diberikan percuma kepada kanak-kanak yang menghadiri karnival ini secara 'siapa cepat,dia dapat'. Tidak terkecuali, ramai juga ibu bapa yang berbesar hati mengambil barangan yang diperlukan oleh ahli keluarga mereka. Contohnya seperti kereta sorong dan kerusi makan bayi. Ada juga pihak tadika yang mengambil papan gelongsor untuk kanak-kanak tadika berkenaan.

Objektif program ini ialah :


1.Memberi peluang kepada para staf dan penduduk sekitar menyisihkan alat permainan, buku-buku dan alat tulis di rumah yang masih elok dan tidak digunakan lagi kepada kanak-kanak lain.
2.Memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang menghadiri karnival iaitu ketika mengambil hadiah mainan terpakai.
3.Keluarga yang memerlukan boleh mengambil barangan terpakai berkenaan untuk kegunaan keluarga

Hampir 300 kanak-kanak telah mengambil mainan terpakai dengan senyuman manis. Apatah lagi, ketika program berlangsung, ramai juga penyumbang yang membawa mainan untuk kanak-kanak yang menghadiri karnival. Semoga kanak-kanak ini menyedari bahawa generasi tua sentiasa berharap agar mereka bahagia secara fizikal,mental dan emosi. Diharapkan juga, mereka merasa selamat dengan persekitaran bersama generasi tua masa kini tanpa mengira agama dan bangsa.

Harapan utama penganjur ialah supaya mesej 'Cintakan Keamanan Dan Jauhi Peperangan' sempena sambutan karnival kali ini dapat difahami oleh kanak-kanak.

Akhir kata, penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang berhati mulia ;sudi memberikan barangan kepada kanak-kanak sempena program samada yang diberikan ketika proses pengumpulan atau yang datang membawa barangan ketika program berlangsung. Kami yakin jika program ini diteruskan lagi, ramai lagi yang akan memberi sumbangan. Kami juga yakin bahawa ramai yang suka memberikan sumbangan kepada kanak-kanak cuma belum berkesempatan dan tidak menemui banyak saluran untuk menyumbangkannya.

Syabas semua ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan program ini dan semua yang terlibat secara tidak langsung.

Terima kasih.

*Gambar-gambar ketika program boleh dilihat di page FB : Karnival Hari Kanak-Kanak



SDG 11 - Make cities and human settlements inclusive, safe, resilient and sustainable
Scroll to Top