Collaboration

IPPT USM Tandatangan Perjanjian Dengan Buddhist Tzu-chi Merits Society Malaysia Perkukuh Kolaborasi Untuk Memperkasakan Pencapaian Akademik Murid B40

Published : 18 September 2023

IPPT USM TANDATANGAN PERJANJIAN DENGAN BUDDHIST TZU-CHI MERITS SOCIETY MALAYSIA PERKUKUH KOLABORASI UNTUK MEMPERKASAKAN PENCAPAIAN AKADEMIK MURID B40
CCR USM KAMPUS INDUK, September 15 2023 -

Universiti Sains Malaysia (USM) perkukuh kolaborasi bersama Buddhist Tzu-Chi Merits Society Malaysia untuk memperkasakan agenda Sustainability Development Goals (SDG) negara.

Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin yang mewakili Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia dalam ucapannya berkata, USM amat menyokong program berbentuk khidmat masyarakat yang mana program sebegini selaras dengan matlamat Pembangunan Lestari Malaysia (Sustainable Development Goals) yang termasuk dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025).

Majlis Penandatanganan Perjanjian (MOA) pada hari ini menyaksikan USM dan Buddhist Tzu-Zhi Merits Society Malaysia akan sama-sama berganding bahu membantu murid-murid sekolah dari kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka terutama bagi memperolehi sijil SPM melalui inisiatif program khidmat masyarakat yang berbentuk kelas bimbingan secara perseorangan (one to one) atau kumpulan kecil (small group).

Terdahulu, inisiatif program khidmat masyarakat ini telah dimulakan pada bulan Jun 2019 di kawasan Padang Tembak dengan penglibatan hanya empat (4) pelajar daripada USM dan enam (6) murid dari kawasan Padang Tembak yang mana program ini telah memberikan manfaat dan impak yang besar kepada murid-murid dan keluarga tanpa mengira bangsa dan agama.

Semenjak program perintis itu diadakan, jumlah murid yang menyertai program ini telah meningkat kepada tiga ratus (300) orang dari pelbagai sekolah rendah dan menengah di sekitar Pulau Pinang. Manakala lebih daripada 120 pelajar dan graduan USM telah mendaftar sebagai tutor (Education Ambassador) untuk menyumbang bakti dan memainkan peranan penting dalam memberikan pengajaran dan bimbingan yang berkualiti kepada murid-murid yang lemah dari kalangan keluarga golongan B40.

Dalam majlis ini, kedua-dua belah pihak bersependapat bahawa kaedah pengajaran dan bimbingan secara “one to one” atau kelas tambahan kumpulan kecil (small group tuition) kepada murid yang menghadapi kesukaran dalam pembelajaran dari kalangan golongan B40 ini amat diperlukan dan sangat membantu murid-murid.

Mereka yakin, melalui pendekatan ini, pelajar yang memerlukan bantuan akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada tutor peribadi mereka masing-masing, yang akan memberi pengajaran dan bimbingan mengikut keperluan serta tahap murid-murid.

Di samping itu, tutor dari USM juga boleh menjadi contoh dan motivasi yang baik kepada murid-murid serta dapat menyuntik semangat kesukarelawanan dalam kalangan murid dan pelajar.

Tunku Kamarul Zaman turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan pendidik USM, Buddhisht Tzu-Chi Merits Society dan Guru-guru sekolah yang terbabit dengan program khidmat masyarakat ini.

Hasil inisiatif murni ini amat membanggakan di mana analisa yang dibuat menunjukkan peningkatan pencapaian akademik murid-murid yang terlibat amat memberangsangkan.

Ini membuktikan bahawa pelajar yang menghadapi kesukaran dalam pembelajaran dapat diperkembangkan dan dipertingkatkan minat dan keyakinan mereka dalam pembelajaran, menguasai mata pelajaran penting seperti Matemertik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggiris serta mencegah mereka tercicir daripada sistem pendidikan Negara.

Tunku Kamarul Zaman turut merakamkan ucapan terima kepada pihak Buddhist Tzu-Chi Merits Society Malaysia kerana bekerjasama dengan USM dan juga memberi bantuan kewangan kepada pelajar dan graduan USM yang mengambil bahagian dalam program khidmat masyarakat ini.

Dengan adanya elaun ini, ianya turut membantu golongan pelajar B40 di USM yang memerlukan bantuan kewangan, sambil memberikan peluang kepada pelajar USM menjadi sukarelawan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Sehingga ini, pihak Buddhist Tzu-Chi Merits Society Malaysia telah menyumbangan sejumlah RM20,000.00 untuk menjayakan program ini.

Beliau berharap pihak Buddhist Tzu-Chi Merits Society Malaysia untuk terus memberi sokongan kewangan kepada projek ini bagi meluaskan lagi program khidmat masyarakat ini supaya dapat melahirkan modal insan negara yang berdaya saing dan membangunkan negara Malaysia yang cintai.

“Sesungguhnya usaha murni khidmat masyarakat ini secara tidak langsung menyumbang kepada Sustainable Development Goals (SDG) negara iaitu dalam SDG 4 Quality Education, SDG 17 Partnership dan juga SDG 1 Poverty.” Kata Tunku Kamarul Zaman.
Untuk rekod, program perintis khidmat masyarakat ini telah dimulakan pada bulan Jun 2019 di kawasan Padang Tembak dengan penglibatan hanya empat (4) pelajar daripada USM dan enam (6) murid dari kawasan Padang Tembak yang mana program ini telah memberikan manfaat dan impak yang besar kepada murid-murid dan keluarga tanpa mengira bangsa dan agama.

Pada tahun 2022, program khidmat masyarakat ini diperluaskan kerjasama dengan SMK Bagan Jaya di Butterworth untuk memberi sokongan kepada pelajar tingkatan lima dari kelas belakang dalam usaha untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Lebih dari 50 murid telah mengambil bahagian dalam program ini, dan keputusan SPM 2022 menunjukkan bahawa dalam kalangan golongan pelajar kelas belakang, lebih 30 pelajar telah berjaya mendapat sijil SPM.

Pada tahun ini, terdapat peningkatan penyertaan murid di mana lebih daripada 70 pelajar golongan B40 dari kelas belakang di SMK Bagan Jaya telah menyertai program ini.

Hadir sama dalam majlis ini adalah kumpulan penyelidik iaitu Prof. Madya. Ying Chee Kiat – Ketua Projek, Prof. Madya Dr. Rafidah Zainon, Prof. Madya. Dr. Khoo Bee Ee, Prof. Madya Dr. Leh Cheu Peng, Dr. Agnes Shanti Joseph, Pengurusan Tertinggi IPPT dan PPUSMB iaitu Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Dr. Ida Shazrina Ismail, Puan Naziroh Shafii dan Encik Yusmadi Norashid.

Manakala delegasi Buddhist Tzu-Chi Merits Society Malaysia adalah Datuk Simon Wong Woon Keong, Ms. Ooi Si Hoo, Ms. Ting Sing Poh (Chris), Ms. Tan Chew Lay, Ms. Ng Seok Im, Ms. Cheok Swee Yong, Ms. Tang Li Li, Ms. Sin Yee, Mr. Ong Beng Kong, Mr. Lim Choon Nyak dan Ms . Ng Swee Yean.

Turut hadir adalah rakan kolaborasi sekolah iaitu En. Gnoh Kam Fat - Pengetua SMK Bagan Jaya, Pn. Norizan Bt Ismail - Penolong Pengetua SMK Bagan Jaya Pn . Puan Choo Fin - Guru SMK Bagan Jaya dan Pn. Hamidah Binti Hamzah – Pengetua SK Padang Tembak.

Teks: Naziroh Shafii / Foto: Mohd Fairus Bin Md Isa
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
15 September 2023


SDG 1 - End poverty in all its forms everywhere
SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top