Community

NC USM SAMPAIKAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA STAF DAN PELAJAR IPPT

Published : 10 April 2023

Gambar 1
PPUSMB, April 10 2023 -
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama warga staf dan pelajar Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) di Dataran Seksyen Kejuruteraan, IPPT sempena Majlis Iftar IPPT dan PPUSMB Bersama Warga Staf dan Pelajar.

Abdul Rahman dalam ucapannya berkata, PPUSMB mendapat sokongan daripada pihak Pengurusan USM dan akan dilengkapkan dengan kemudahan peralatan hospital dan pakar perubatan yang mencukupi supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan staf dan keluarga, pelajar, pesara dan masyarakat setempat khususnya.

Abdul Rahman yang ditemani isteri, Datin Roslina Ahmad Mohamed kemudiannya menyampaikan sumbangan Kit Maidah Rahman kepada staf dan sumbangan berbentuk wang tunai kepada pelajar.  

Seramai 39 staf dan 12 pelajar berbilang bangsa dan agama menerima sumbangan ini. 

Abdul Rahman turut meluangkan masa menyantuni para petugas yang terlibat dalam penyediaan juadah iftar dan beliau seterusnya sama-sama membantu menyajikan juadah kepada hadirin yang datang.

Pihak IPPT USM bersyukur kerana program ini mendapat bantuan tajaan daripada Pusat Islam USM dan pihak Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Seramai 300 warga staf bersama ahli keluarga dan pelajar hadir ke majlis ini.

Hadir sama adalah Pengarah IPPPT, Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin; Mantan Timbalan Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Aldrin Abdullah bersama Profesor Dr. Md Roslan Hashim; wakil Pejabat YaPEIM Kawasan Utara, Ahmad Abdullah serta Pengurusan Tertinggi IPPT dan Pengurusan PPUSMB. 

Teks: Naziroh Shafii/Foto: Norizan Ishak 
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
10 April 2023

Scroll to Top