Community

KEMPEN KESEDARAN ASAS PENJAGAAN PALIATIF BERSAMA KOMUNITI

Published : 20 July 2023

Gambar 1
PENANG, July 20 2023 -
Unit Paliatif Pusat Perubatan USM Bertam, Universiti Sains Malaysia telah mengadakan Kempen Kesedaran Asas Penjagaan Paliatif bersama komuniti dimana program ini merupakan sebuah program dibawah KPT Prihatin Madani 

Program ini telah diadakan di dua lokasi iaitu pada hari Sabtu, 17 Jun 2023 di Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam, Kepala Batas dengan kerjasama pihak pengurusan surau dan juga pada 15 Julai 2023 di Penang Institute, Georgetown dengan kerjasama Penang Hospice Society.
  
Program ini diketuai oleh Dr. Siti Khairizan Rahim, Penyelaras Unit Paliatif, Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB).

Program di Surau Al-Muttaqin telah dirasmikan oleh Dr. Fitreena Anis Amran, Ketua Perkhidmatan Perubatan dan Pembedahan, manakala di Penang Institute telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian dan Piawaian IPPT USM.


Selain itu, antara objektif utama program ini adalah untuk mendidik masyarakat mengenai asas penjagaan paliatif juga merangkumi rawatan simptom, sokongan fizikal, psikologi dan rohani.

Penjagaan paliatif merupakan rawatan sokongan kepada pesakit yang menghidap penyakit tiada  harapan sembuh dan juga penjagaan di akhir hayat dengan dibantu menerusi perkhidmatan penjagaan rawatan paliatif.

Seterusnya, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ceramah pengenalan penjagaan paliatif, ceramah sokongan psikospiritual, ceramah ubat-ubatan dan nasihat pemakanan pesakit paliatif. 

Terdapat juga demonstrasi cara senaman ringkas di rumah, teknik menukar posisi pesakit terlantar, cara memberi makan dan ubat serta teknik penjagaan luka. 

Program ini diakhiri dengan cabutan bertuah, kuiz, penyerahan sumbangan  kepada wakil keluarga pesakit  dan sesi bergambar.


Sumber: Dr. Siti Khairizan Rahim/Suntingan: Mahirah Mahyidin
Scroll to Top