AMDI Story

Majlis Aidilfitri Peringkat Usm@bertam Disambut Dengan Jayanya

Published : 02 May 2024

MAJLIS AIDILFITRI IPPT/PPUSMB
Auditorium SAINS@BERTAM, May 2 2024 -
KEPALA BATAS, 2 Mei 2024- Bagi meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan Al-Mubarak, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga staf dan pelajar IPPT/PPUSMB.

                                                                                                                                                  Photo By NORIZAN ISHAK
MAJLIS AIDILFITRI IPPT/PPUSMB                                                                                

Sambutan Aidilfitri yang diadakan di Auditorium sains@bertam telah berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat khususnya dari kalangan warga USM untuk turut serta ke majlis tersebut. Majlis ini berlangsung sekitar jam 12.00 tengahari sehingga 2.30 petang berkonsepkan ‘pot luck’ itu berjaya memperlihatkan kerjasama antara semua jabatan IPPT/PPUSMB di mana turut melibatkan penglibatan semua warga staf dan pelajar di sini. Sebanyak 20 gerai menyajikan pelbagai juadah tradisional dan moden yang terkenal di Malaysia.

Kemuncak kepada majlis Aidilfitri ini adalah semasa ketibaan tetamu kenamaan serta ucapan aluan oleh Pengarah PPUSMB & IPPT USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan,
Para tetamu juga turut disajikan dengan persembahan oleh staf dan pelajar sepanjang berlangsungnya majlis Aidilfitri ini. Selain daripada persembahan, pemilihan hiasan gerai dan pakaian terbaik juga diadakan.
Tema sambutan Majlis Aidilfitri sains@bertam tahun ini adalah bertemakan ‘Raya Arjuna & Srikandi’ dan kesemua staf mahupun pelajar digalakkan untuk membawa pinggan dan cawan sendiri sebagai salah satu usaha ke arah menerapkan amalan kelestarian.
Penganjuran majlis Aidilfitri seperti ini secara tidak langsung dapat mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia di samping dapat mempelajari pelbagai budaya bangsa Malaysia yang aman dan sentosa kepada semua golongan masyarakat khususnya masyarakat antarabangsa.


Melalui majlis ini juga dilihat dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain terutamanya antara barisan kepimpinan dan pengurusan universiti bersama warga staf, pesara dan pelajar Universiti Sains Malaysia.
Hadir sama ialah bekas Pengarah IPPT/PPUSMB, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Aziz Tajuddin; Pensyarah Kehormat, Profesor Dr. Narazah Mohd Yusoff dan ketua-ketua jabatan IPPT/PPUSMB.


Teks disediakan oleh: Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Yusmadi Norashid
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
02 Mei 2024
Scroll to Top