AMDI Story

NAIB CANSELOR USM SAMPAIKAN SUMBANGAN RAMADAN KEPADA WARGA IPPT DAN PPUSMB

Published : 05 April 2024

MJALIS IFTAR PERDANA
SEKSYEN KEJURUTERAAN,IPPT USM, April 5 2024 -

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama warga staf dan pelajar Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) di Dataran Seksyen Kejuruteraan, IPPT bersempena dengan Majlis Iftar Perdana bersama warga staf dan pelajar IPPT & PPUSMB.

Photo By Norizan Ishak
Ucapan YBhg, Profesor Dato’ Ir. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, FASc, Pengarah IPPT dan PPUSMB


Majlis Iftar Perdana dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg, Profesor Dato’ Ir. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, FASc, Pengarah IPPT dan PPUSMB. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc,  Naib Canselor USM yang seterusnya menyampaikan sumbangan ramadan kepada pesakit, pelajar dan staf, penyampaian cenderahati kepada  kepada penaja aktiviti Ihya’ Ramadan, penyampaian sijil kepada Sukarelawan Ramadan serta penyampaian sijil kepada para peserta tadarus lelaki dan wanita. Seramai 2 pesakit, 18 staf dan 11 pelajar berbilang bangsa dan agama menerima sumbangan ini.

Kemuncak majlis ini adalah semasa penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah menyertai Peraduan Sepatah Dua Kata yang turut disampaikan oleh Naib Canselor USM dengan diiringi oleh Pengarah  IPPT dan PPUSMB.

Photo By Norizan Ishak
Sesi Bergambar Bersama Tetamu Yang Hadir


Hadir sama adalah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri & Masyarakat USM, YBrs. Profesor Dr. Azlan Amran; Perunding Kehormat IPPT, YBhg. Dato’ Dr. Imran Abdul Khalid; Pengarah Eksekutif Usains Biomics Laboratory Testing Services Sdn Bhd Kompleks Eureka USM, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Isa Abdul Majid; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, YBrs. Profesor Dr. Shaharum Bin Shamsuddin; Pensyarah Kehormat, YBrs. Profesor Dr. Narazah Mohd Yusoff serta Pengurusan Tertinggi IPPT dan Pengurusan PPUSMB.

Photo By Norizan Ishak
Majlis Iftar IPPT


Teks:  Nur Aqilah Tajul Ashikin
Disunting oleh: Mohd Mohsin Sirun
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
05 April 2024


Scroll to Top