Tahun 2023 mencatatkan peningkatan yang sangat ketara dalam Kempen Pemulangan Ubat apabila berjaya mengumpulkan sebanyak RM29,761.75 berbanding RM15,448.75 pada tahun 2022.
Kempen Pemulangan Ubat dimulakan sejak tahun 2012 bertujuan untuk ini mendidik masyarakat agar dapat menyemai sikap berjimat dan menghargai pemberian ubat secara percuma dengan memulangkan ubat-ubatan yang tidak lagi digunakan atau yang telah luput kepada Unit Farmasi di ruangan khas yang telah disediakan di Unit Farmasi Pesakit Luar, PPUSMB.
Graf : Jumlah Pemulangan Ubat-ubatan yang diterima sepanjang Kempen Pemulangan Ubat pada tahun 2022 dan tahun 2023.
Menurut Cik Nur Jayizah Mohd Ismail, Pegawai Farmasi dan Penyelaras aktiviti kelestarian ini, Kempen Pemulangan Ubat, Unit Farmasi, PPUSMB sangat membantu mengatasi isu pembaziran ubat dengan meningkatkan kesedaran orang awam untuk memulangkan lebihan ubat-ubatan, di samping meningkatkan penjimatan kos, kempen ini turut membantu orang awam memulangkan ubat yang sudah luput secara sistematik bagi tujuan pelupusan yang betul dan selamat.
Kempen Pemulangan Ubat-Ubatan ini diketuai oleh Cik Nur Jayizah Mohd Ismail, Pegawai Farmasi dan dibantu oleh ahli-ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Penolong Pegawai Farmasi iaitu Puan Halita Md Diah, Puan Hanifati Haron, Puan Nadia Nor Aiman Mohd Noor dan turut dibantu oleh sukarelawan Puan Nurul Naimah Zunyazan dan Puan Nurhidayati, Syeema Soid.