
Pengenalan kepada peserta mengenai "breast prosthesis" dan bra mastektomi serta cabarannya
Program Libatsama
Komuniti oleh penyelidik dari IPPT
Breast Cancer Networks telah berjaya menganjurkan bengkel "Breast
Prosthesis & Mastectomy Bra" pada 9hb Oktober 2024 di Rumah
Sakit Universitas Airlangga , Surabaya , Indonesia.
Program ini adalah
kesinambungan beberapa siri bengkel yang telah berjaya dianjurkan di wilayah
utara, Malaysia.
Program ini diketuai oleh Prof Madya Dr Bakiah Shaharuddin, sementara fasilitator dan jurulatih bengkel adalah Prof Madya Dr Siti Noor Fazliah Mohd Noor.
Photo By koleksi pengarang
PM Dr Alia mengajar teknik jahitan bra matektomi
Institut perubatan dan
Pergigian Termaju telah menjalin kerjasama yang erat dalam bidang penyelidikan
dan jaringan dengan Universitas Airlangga. Inisiatif yang terkini telah
memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua pasukan penyelidik dalam bidang
kanser dengan penglibatan komuniti kanser payudara di Surabaya, Indonesia.
40 peserta termasuk penjaga dan breast cancer survivors telah menyertai program ini yang telah berjaya menginspirasikan dan meningkatkan tahap emosi dan psikologi cancer survivors.
Photo By koleksi pengarang
Peserta yang hadir berminat mempelajari teknik jahitan bra matektomi untuk kegunaan sendiri