Community

Semarak Program Kesedaran Kanser Payudara Dan Pink October

Published : 28 July 2023

Forum Kesedaran Kanser Payudara Dan Pink October 2023
BERTAM, July 28 2023 -
Pembuka tirai Program Kesedaran Kanser Payudara Dan Pink October bagi tahun 2023 ini telah diadakan satu forum yang bertajuk Pemakanan & Risiko Terhadap Kanser” dan “Minda Sihat: Kekal Positif Ketika Berdepan Ujian Kanser” di Pusat Perubatan USM Bertam.

Program ini merupakan anjuran Breast Cancer Translational Research Program (BCTRP@IPPT) dengan kerjasama Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya, Ketua Breast Cancer Translational Research Program (BCTRP@IPPT) dan

Pengerusi Jawatankuasa Program Kesedaran Kanser Payudara & Pink October 2023 juga menjadi moderator pada hari ini.

Program kesedaran kanser payudara dan Pink October adalah merupakan acara tahunan bagi memberi penerangan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap saringan dan pengesanan awal kanser payudara.

Forum yang diadakan di perkarangan PPUSMB ini telah disampaikan oleh Dr. Farris Iman Leong Abdullah, Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental, Jabatan Kesihatan Komuniti IPPT dan Dr. Rabeta Mohd Salleh, Pakar Makanan Berfungsi, Jabatan Kesihatan Komuniti IPPT.

Forum yang dihadiri oleh lebih daripada 80 orang komuniti yang terdiri daripada pesakit, waris dan staf USM turut dijalankan secara langsung di Facebook dan YouTube IPPT.

Program ini juga mendapat sokongan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui  Dato' Ir. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman (Timb Ketua Menteri I, Pulau Pinang) dan Badan Sokongan Pesakit Kanser Seberang Perai bagi memberi kesedaran kepada masyarat sekitar khususnya.

Acara kemuncak bagi program kesedaran kanser payudara ini akan diadakan pada 14 Oktober 2023 bersempena sambutan Pink October 2023.




Teks: Mahirah Mahyidin & Badrul Hisham Yahaya
Foto: Norizan Ishak
Video: Mohamed Hafiz Mansor

SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
Scroll to Top