Penulis rencana yang diterbitkan
MAJALAHSAINS.COM, August 21 2021 -

SEBUAH rencana telah diterbitkan di MajalahSains.Com setelah karya berkenaan memenangi tempat ke dua dalam pertandingan menulis rencana anjuran Sekretariat Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Penulis, Nazlina Mohamad Isa iaitu seorang juruteknologi makmal perubatan di Makmal Diagnostik Termaju (ADL), IPPT,USM telah berkolaborasi dengan pensyarah USIM, Dr. Siti Suriani Othman untuk menghantar karya berkenaan ke Majalahsains.Com.

         Rencana bertemakan isu semasa itu mengupas tentang isu mak nyah atau pondan dan memberikan maklumat tentang uj .ian yang dijalankan di Unit Genetik, ADL. Penulis berpendapat masih ramai masyarakat yang belum tahu tentang kepentingan ujian Analisa Kromosom yang dijalankan di unit berkenaan. Moga dengan tersiarnya rencana berkenaan, masyarakat lebih mengetahui tentang sebahagian kecil ujian-ujian perubatan yang terdapat di IPPT ini.

        Penulis yang telah menyertai beberapa penerbitan antologi ini pernah menyertai beberapa kursus penulisan, antaranya anjuran USM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau berharap dapat aktif menulis lagi untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat. Minatnya semakin mendalam untuk menulis setelah menang sebagai johan pertandingan menulis sekolah-sekolah menengah negeri Perlis dan saguhati bagi seluruh Malaysia, anjuran DBP ketika bersekolah dahulu. Kini beliau sedang aktif menulis pelbagai genre seperti anekdot, cerpen, motivasi dan buku pembelajaran kanak-kanak sebagai aktiviti selepas waktu pejabat. Antara antologi yang telah diterbitkan ialah Menghargai Alam Sekitar, Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan (ALYLM), APYLM-Edisi Khas PKP & Covid-19 dan Bisikan Hantu.

           Harapan beliau, semoga ilmu dapat disebarkan daripada sudut kehidupan masing-masing dan pasti ada yang mendapat manfaatnya, insya-Allah.

Rencana boleh dibaca di link yang disertakan :

http://www.majalahsains.com/kecelaruan-jantina-bagaimana-sains-dapat-membantu/

       Muka depan rencana yang disiarkan.

Scroll to Top