YM Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) meluangkan masa hari ini kendalikan bengkel semakan, bimbingan dan penasihatan untuk permohonan kenaikan pangkat ke gred Profesor Madya khusus kepada Pensyarah IPPT.
Seramai 47 orang Pensyarah telah dikenalpasti oleh Ketua Jabatan masing-masing sebagai calon yang berpotensi untuk dicalonkan kenaikan pangkat ke gred Profesor Madya bagi eksesais tahun 2024 dan 2025.
IPPT mensasarkan untuk menghasilkan staf akademik berpangkat Profesor Madya dan ke atas menjangkaui 50% sebelum tahun 2026.
Tunku Kamarul Zaman berharap bengkel ini akan dapat memastikan calon-calon bersiap sedia untuk mencapai sasaran tersebut.
Hadir sama adalah Ketua-ketua Jabatan dan Timbalan-timbalan Pengarah IPPT.
Teks oleh: Naziroh Shafii
Foto oleh: Norizan Ishak & Hasni Arsad
Pusat Media dan Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
9 Jun 2023