Community

Bengkel Jahitan ‘Compression Sleeves’ Untuk Pesakit Kanser

Published : 30 October 2022

e-Banner Bengkel Jahitan Compression Sleeves
PPUSMB, November 11 2022 -

Bengkel Jahitan ‘Compression Sleeves’ Untuk Pesakit Kanser

              TARIKH: 11 November 2022

              MASA: 3.00 PETANG

              TEMPAT: BILIK MESYUARAT UTAMA, Tingkat 3, PPUSMB

Bengkel jahitan untuk compression sleeves tangan akan diadakan seperti butir-butir di atas. Projek ini diketuai oleh Prof Madya Dr Bakiah Shaharuddin dengan bantuan Puan Fazillah Khazali, Puan Syuhadah Sufian dan Puan Aminah binti Hassan, dari unit Rehabilitasi PPUSMB.  Projek ini adalah lanjutan koloborasi Program Penyelidikan Kanser Payudara IPPT dengan Cancer Survivors Malaysia di bawah naungan Puan Hajjah Zuraini Kamal. Pihak CSM telah berbesar hati menyumbang fabrik bagi projek ini. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk menghasilkan compression arm sleeves untuk diedarkan kepada pesakit kanser yang memerlukan secara percuma dan juga memindahkan pengetahuan jahitan sebagai produk baru bagi komuniti tukang jahit yang menyertai projek ini.

Perkara yang Anda Perlu Tahu Mengenai Compression Sleeves

Compression sleeves biasanya digunakan untuk membantu pesakit mengurangkan gejala lymphedema. Keadaan ini boleh berlaku dengan sendiri atau selepas pembedahan yang melibatkan pembuangan nodus limfa, yang merupakan prosedur biasa untuk pesakit kanser. Selepas pembedahan nodus limfa, sesetengah pesakit mengalami bengkak pada lengan dan kaki mereka akibat gangguan aliran cecair limfa.

Apakah compression sleeves Lengan dan Kaki?

Untuk lengan, biasanya dari pergelangan tangan ke lengan atas berhampiran ketiak. Compression slleve untuk kaki pula datang dalam beberapa panjang yang berbeza. Ia mungkin menutup seluruh kaki, dari buku lali ke paha, atau menutupi sebahagian daripada kaki.

Bagaimana compression sleeves berfungsi?

Melalui tekanan lembut pada urat di bahagian bawah kaki dan lengan, ia mampu menyokong dinding salur darah sambil menggalakkan pengaliran darah dari bahagian kaki ke jantung.

Di samping itu, tekanan mampatan (compression) membantu untuk membersihkan bahan buangan dari tisu. Cecair limfa, asid laktik, dan enzim lain yang menyebabkan bengkak pada lengan dan kaki akan diproses apabila ia masuk melalui sistem peredaran darah. Compression boleh membantu pengaliran cecair dan menghalang bahan buangan daripada berlarutan di kaki atau lengan.

Credit gambar:

https://www.rescuelegs.com/product/lymphedema-arm-sleeve-gauntlet-20-30-mmhg

 



 

 

Scroll to Top