Achievement

Majlis Persada Kencana 2023 Iktiraf Pencapaian Pelajar IPPT

Published : 31 July 2024

MAJLIS PERSADA KENCANA
SECARA ATAS TALIAN, July 31 2024 -

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG, 31 Julai 2024 -  Majlis Persada Kencana (MPK) adalah acara khas untuk memberikan penghormatan dan penghargaan kepada pelajar lepasan ijazah yang telah mencapai prestasi cemerlang dalam pelbagai bidang seperti akademik, penyelidikan dan penerbitan. Majlis ini menjadi acara penting Universiti untuk mengiktiraf pencapaian pelajar USM dalam pelbagai kategori selari dengan usaha untuk memacu kecemerlangan Menara Ilmu ini.

Photo By MPRC IPPT
MAJLIS PERSADA KENCANA


MPK yang dijalankan secara atas talian menerusi Youtube dan Facebook USM Admission ini bertemakan “The Symphony of Excellence, Harmony in Achievement” yang membuktikan bahawa setiap sumbangan dan pencapaian para pelajar mampu mewujudkan simfoni kecemerlangan serta berjaya mencapai prestasi yang sangat cemerlang dalam kalangan bakat terbaik USM. 

Photo By MPRC IPPT
MAJLIS PERSADA KENCANA


Majlis Persada Kencana 2023 menyaksikan penganugerahan anugerah bagi lima Kategori Anugerah iaitu kategori Best Thesis Award for Research mode, Best Master’s Degree Student Award for Coursework mode, Best Master’s Degree Student Award for Mixed Mode, The Sanggar Sanjung Award dan The Persada Kencana Award’. 

Photo By MPRC IPPT
MAJLIS PERSADA KENCANA


IPPT memenangi anugerah dalam kategori Anugerah Hadiah Sanjungan dan Penerbitan Jurnal dengan 21 pelajar cemerlang bagi kategori HADIAH SANJUNGAN dan 12 pelajar cemerlang bagi  kategori PENERBITAN JURNAL. 

Photo By MPRC IPPT
MAJLIS PERSADA KENCANA

Penerima anugerah yang telah mengharumkan nama IPPT bagi kategori HADIAH SANJUNGAN adalah Rajayaashini A/P Rajasegaran, Rwayda Abdulkader Mohame, Sharmilla Devi A/P Jayasingam, Vasagee A/P Elencovan, Yeoh Tzi Shien, Zhang Zheng, Mohd Afiq Hazlami Habib, Nur Aliaa Arina Rosli, Nur Amirah Hamdan, Nurul Atiqah Muhamad Fauzi, Ruwaydah Ahmed Mohammed Meelad, Ahmad Husaini Mohamed, Ahmad Naqiuddin Azahari, Anna Andrew, Ballouze Rama, Khor Kang Zi, Maheswaran A/L Solayappan, Muhammad Adam Azlan, Musthahimah Muhamad, Nadhiratul Farihin Semail dan Norhaliza Abd Hamid.

Photo By MPRC IPPT
MAJLIS PERSADA KENCANA

Manakala, penerima bagi kategori PENERBITAN JURNAL adalah Noor Azila Ismail, Thevendran A/L Ramesh, Vasagee A/P Elencovan, Yeoh Tzi Shien, Alallam Batoul, Anna Andrew, Mira Natasha Azman, Muhammad Kabir Abdulkadir, Musthahimah Muhamad, Nadhiratul Farihin Semail, Nadin J D Abualroos dan Navien A/L Tholasi Nadhan.

Photo By MPRC IPPT
MAJLIS PERSADA KENCANA


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan daripada Pengarah dan seluruh warga IPPT dan PPUSMB kepada semua penerima anugerah dan juga Penyelia.
Teks disediakan oleh:  Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Naziroh Shafii
Pusat Media dan Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
31 Julai 2024

Scroll to Top