Collaboration

LAWATAN KERJA DELEGASI PUSAT PENGAJIAN SAINS PERGIGIAN DAN WEIHAI MEICHEN DENTAL HOSPITAL KE PUSAT PERUBATAN USM BERTAM (PPUSMB), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Published : 06 June 2024

LAWATAN KERJA DELEGASI
PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, June 5 2024 -


PPUSMB menerima kunjungan lawatan kerja dari Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) bersama delegasi dari Weihai Meichen Dental Hospital (Weihai Meichen), China. Lawatan kerja sehari ini dimulakan dengan mesyuarat tertutup delegasi pada sebelah pagi dan kemudiannya diikuti dengan Mesyuarat Penubuhan Makmal Pergigian Digital USM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPUSMB. Objektif utama perbincangan adalah cadangan kolaborasi bersama penubuhan makmal pergigian digital di USM.

Hadir adalah Profesor Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor (Industri, Rangkaian Komuniti dan Kelestarian Institusi).  Mewakili IPPT dan PPUSMB adalah Profesor Dato' Ir. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan – Pengarah, Dr. Nawal Radhiah Abdul Rahman, Dr. Nurul Hanim Othman, dan Puan Nurul Amira Mohd Ali.  Mewakili PPSG adalah Profesor Madya Dr. Mohd. Fadhli Khamis – Dekan, dan Profesor Madya Dr. Suharni Mohamad - Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi, & Penglibatan Industri-Komuniti. Manakala delegasi dari Weihai Meichen  dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Mr. Liu Yuguang bersama dengan Mr. Liu Bingsheng, Ms. Sheng Jinxiu, dan Mr. Eric Yip Pui Chee.

Photo By Norizan Ishak
Lawatan Kerja Delegasi



Seusai mesyuarat bersama, para delegasi dibawa ke lawatan tapak yang berpotensi untuk Penubuhan Makmal Pergigian Digital diringi oleh Dr. Anis Farhan Kamarudin selaku Ketua Unit Ortodontik dan Deformiti Kraniofasial PPUSMB bersama Dr. Husniyati Roslan - Ketua Unit Restoratif dan Pergigian Estetik PPUSMB. Para delegasi kemudiannya di bawa melawat ke Klinik Pakar Pergigian 2 dan Klinik Pakar Pergigian 3.

Teks disediakan oleh:  Nur Aqilah Binti Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Naziroh Shafii
Jurufoto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
05 Jun 2024

Scroll to Top