AMDI Story

PENGARAH IPPT/PPUSMB SANTUNI PARA PESAKIT PALIATIF

Published : 17 December 2024

HOME VIIST PALIATIF 2024
KEPALA BATAS, PULAU PINANG , December 17 2024 -

Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB), Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin hari ini meluangkan masa menyantuni para pesakit daripada Unit Paliatif PPUSMB dengan melakukan lawatan ke rumah pesakit bersama warga staf Unit Paliatif dan IPPT/PPUSMB.Matlamat utama lawatan ke rumah pesakit paliatif adalah bertujuan untuk memberikan perawatan simptomatik, penilaian aspek psikososial, bantuan praktikal serta membantu pesakit dan ahli keluarga yang mempunyai masalah logistik untuk hadir ke hospital.

Photo By NORIZAN ISHAK
HOME VIIST PALIATIF 2024

Selain itu, lawatan ke rumah ini adalah untuk pesakit yang sudah terlantar di atas katil, sukar untuk bergerak keluar dan memerlukan bantuan alat pernafasan oksigen di rumah.Perkhidmatan lawatan ke rumah pesakit paliatif telah bermula sejak tahun 2006 dan lebih berkembang sejak penjenamaan semula PPUSMB pada tahun 2022 serta susulan penambahan 3 orang jururawat daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) selepas Majlis Penandatangan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pada 21 Ogos 2023.Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan, Unit Paliatif PPUSMB menawarkan perkhidmatan lawatan ke rumah pesakit paliatif sebanyak dua hingga tiga hari lawatan setiap minggu, demi menampung jumlah pesakit paliatif yang bertambah bermula pada tahun 2024.


Photo By NORIZAN ISHAK
HOME VIIST PALIATIF 2024

Peningkatan bilangan pesakit paliatif ini adalah selaras dengan peningkatan bilangan pesakit kanser yang mendapat rawatan di bawah Unit Onkologi PPUSMB.Lawatan bersama pengarah ini melibatkan dua buah rumah pesakit, yang terdiri daripada pesakit-pesakit kanser. Sedikit sumbangan yang ditaja oleh Unit Hal Ehwal Islam (UHEIS) turut diberikan kepada para pesakit dan ahli keluarga yang dinamakan ‘Kit Maidah Rahman’ yang terdiri daripada barang-barang keperluan asas harian. Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin selaku Pengarah di IPPT/PPUSMB.Hadir sama adalah Dr. Siti Nooraini Mohamad Yusof, Ketua Penyelaras Unit Paliatif; En. Mohd Mohsin Sirun, Pegawai Hal Ehwal Islam; Jururawat terlatih PPUSMB, SN Norjalilah Umar dan Jururawat MAKNA, SN Noor Syamsyela Shamsudin.Semoga perkhidmatan paliatif PPUSMB terus berkembang agar dapat membantu merawat lebih ramai pesakit paliatif dan memberikan sokongan psikososial kepada ahli keluarga dan waris pesakit secara keseluruhannya.


Photo By NORIZAN ISHAK
HOME VIIST PALIATIF 2024


Photo By NORIZAN ISHAK
HOME VIIST PALIATIF 2024





 

Teks:  Nur Aqilah Tajul Ashikin

Disunting oleh: Dr. Siti Nooraini Mohamad Yusof

Foto: Norizan Ishak

Pusat Media & Perhubungan Awam

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

Universiti Sains Malaysia

23 Disember 2024

Scroll to Top