Community

Program Khidmat Santun Masyarakat Bersama Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT) Dan Persatuan Pelajar IPPT (ASA) 2023

Published : 31 July 2023

Warga IPPT dan Warga Pusat Jagaan
PUSAT JAGAAN DAMAI PERMAI, KEPALA BATAS, PULAU PINANG, July 24 2023 -
Pada Sabtu, 24 Jun 2023, satu program lawatan ke Pusat Jagaan Damai Permai, Kepala Batas, Pulau Pinang telah dijalankan di bawah Program Khidmat Santun Masyarakat IPPT-ASA. Program selama sehari ini membawa satu tujuan utama iaitu untuk menyantuni komuniti setempat dan memberikan khidmat sosial komuniti kepada masyarakat di utara Semenanjung Malaysia bagi melahirkan rasa simpati, kasih saynag dan keprihatinan disamping memberi sokongan moral kepada warga pusat jagaan di situ. Program lawatan ini melibatkan 15 orang pelajar IPPT dan 4 orang pensyarah pengiring secara sukarela.

 


 

                                          Sekitar aktiviti bersama warga pusat jagaan

Para sukarelawan tiba di pusat jagaan tersebut seawal pagi dengan perasaan yang gembira. Warga pusat jagaan tersebut berasa sangat gembira dengan kedatangan para sukarelawan di situ. Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pusat jagaan, menemu bual, dan meluangkan masa bersenam ringan dan beriadah santai seperti permainan papan, congkak dan susun suai gambar bersama penghuni pusat jagaan. Menerusi program ini pelajar berpeluang untuk meningkatkan interpersonal skil seperti skil berkomunikasi, bersifat empati dan kerjasama berpasukan, serta meningkatkan visibility IPPT dalam kalangan masyarakat setempat. Pelbagai pengalaman baru yang ditimba semasa program dijalankan.

Penyampaian sumbangan oleh Timbalan Pengarah Akademik dan Antarabangsa IPPT, Dr. Ida Shazrina kepada wakil pusat jagaan

Program ini berakhir pada jam 0100 petang pada hari tersebut selepas majlis penyampaian sumbangan kepada wakil pusat jagaan tersebut. Semoga program sebegini dapat dianjurkan lagi untuk memberi kesedaran betapa berharganya seorang ayah dan ibu serta memberi pendedahan kepada masyarakat untuk sama-sama memberi sumbangan kepada rumah jagaan ini.

Teks oleh:

Nur Alia Afifah Binti Zakaria
Naib Presiden
AMDI Student Association 2022/2023


SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top