
PROGRAM SUAIKENAL SARJANA PERUBATAN SIDANG AKADEMIK 2025/2026
BERTAM, 4 dan 5 JUN 2025 - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah mengadakan Program Suaikenal Sarjana Perubatan dalam Perubatan Transfusi dan Sarjana Perubatan dalam Perubatan Nuklear bagi Sidang Akademik 2025/2026 di Auditorium Sains@Bertam, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT); serta di Kompleks Penyelidikan Haiwan dan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) Kepala Batas.
Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM SUAIKENAL SARJANA PERUBATAN SIDANG AKADEMIK 2025/2026
Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran dan diteruskan dengan taklimat mengenai Pengenalan kepada Bahagian Akademik & Antarabangsa disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi, Timbalan Pengarah (Akademik & Antarabangsa). Pengenalan kepada Perkhidmatan Klinikal IPPT pula disampaikan oleh Dr. Rohayu Hami, Pensyarah Perubatan Jabatan Kesihatan Komuniti.
Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM SUAIKENAL SARJANA PERUBATAN SIDANG AKADEMIK 2025/2026
Taklimat mengenai Pengenalan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan disampaikan oleh Profesor Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Jaringan). Manakala Puan Noor’ Akidah Ubaidillah selaku Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, IPPT memberi penerangan mengenai taklimat Pengenalan berkaitan Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT). Puan Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi merupakan Penolong Pendaftar (Akademik & Antarabangsa) memberikan taklimat mengenai Hal Ehwal Akademik IPPT, turut serta dalam memberikan penerangan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) iaitu Dr. Maisarah Nasution Waras.
Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM SUAIKENAL SARJANA PERUBATAN SIDANG AKADEMIK 2025/2026
Seterusnya, taklimat mengenai Pengenalan Kelestarian IPPT disampaikan oleh Dr. Ying Chee Keat, Pensyarah Universiti IPPT. Taklimat berkaitan bahagian Keselamatan pula disampaikan oleh Encik Muhammad Hambali Soid selaku Ketua Seksyen Keselamatan manakala Puan Lizawati Muhammadan, Ketua Bahagian Perpustakaan IPPT menyampaikan taklimat mengenai Pengenalan Perpustakaan IPPT.
Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM SUAIKENAL SARJANA PERUBATAN SIDANG AKADEMIK 2025/2026
Program diteruskan dengan sesi taklimat di sebelah petang yang dimulakan dengan taklimat Pengenalan AMDI Student Association (ASA) dan aktiviti suaikenal bersama persatuan yang dikendalikan oleh Wakil Persatuan Pelajar IPPT. Seterusnya, sesi Pengenalan kepada Program Sarjana Perubatan dalam Perubatan Transfusi dan Sesi bersama Alumni disampaikan oleh Dr. Siti Salmah Noordin selaku Ketua Program Sarjana Perubatan dalam Perubatan Transfusi merangkap Alumni Perubatan Transfusi. Turut serta pada sesi Pengenalan kepada Program Sarjana Perubatan dalam Perubatan Nuklear dan Sesi bersama Alumni iaitu Dr. Mahayuddin Abdul Manap.
Program Suaikenal Sarjana Perubatan dalam Perubatan Transfusi dan Sarjana Perubatan dalam Perubatan Nuklear diteruskan lagi pada hari kedua yang dimulakan dengan sesi Lawatan ke Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC). Selepas itu, sesi taklimat berkaitan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan disampaikan oleh Pn. Jusrina Muhammad, Penolong Pegawai Tadbir manakala Pn. Rafedah Abas merupakan Pegawai Sains memberikan taklimat mengenai Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat. Bagi taklimat berkaitan Seksyen Penyelidikan Haiwan pula diterangkan oleh Dr. Nor Azlina Khalil, Pegawai Veterinar.
Encik Mohd Razmy Mohd Yusof selaku Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan, Seksyen Perubatan memberikan taklimat bahagian Kaunter Pendaftaran dan Unit Rekod Perubatan. Bagi sesi taklimat berkaitan Rawatan Harian dan Makmal Diagnostik Klinikal dikendalikan oleh Puan Law Kim Sooi iaitu Ketua Perkhidmatan Kejururawatan. Seterusnya lawatan ke Unit Farmasi dikendalikan oleh Puan Norazana Ramli selaku Ketua Unit Farmasi & Ketua Perkhidmatan Unit Farmasi Logistik. Lawatan ke Klinik Pakar Pergigian 2 dikendalikan oleh Profesor Dr. Norehan Mokhtar, Ketua Perkhidmatan Pergigian.
Program suai kenal ini diadakan setiap kali pengambilan pelajar baharu bagi memberi peluang kepada mereka memahami dan menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran dan fasiliti yang terkini di IPPT dan melalui program orientasi ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan pelajar dan kakitangan Bahagian Akademik & Antarabangsa.
Teks disediakan oleh:Cik Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Puan Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
5 Jun 2025