Achievement

Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL) Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT) Menganjurkan Bengkel Myperformance 2024 Untuk Staf CRL

Published : 26 April 2024

Staf Makmal Penyelidikan Berpusat bergambar bersama Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan, Prof Madya Dr Hasni bin Arsad
BILIK SEMINAR ARC, April 24 2024 -
Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL) sentiasa mensinergikan aspirasi USM dengan mempraktikkan amalan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di dalam operasi organisasinya.  Ini telah dibuktikan dengan penganjuran Bengkel MyPerformance 2024 untuk staf CRL. Bengkel ini telah dilaksanakan di Bilik Seminar ARC pada 24 Mei 2024. Bagi pelaksanaan inisiatif ini, 3 komponen berkaitan pembangunan lestari ditekankan bagi menyokong sasaran SDG yang merangkumi SDG 4 - Pendidikan Berkualiti ; SDG 9 - Industri, Inovasi, dan Infrastruktur; SDG 17 – Kerjasama dan Matlamat.

Proses penetapan sasaran kerja tahunan (SKT) pada awal tahun dan penyediaan laporan penilaian prestasi (LPP) di penghujung tahun adalah satu rutin pentadbiran yang telah ditetapkan kepada setiap organisasi kerajaan, tidak terkecuali IPPT. Penetapan halatuju dan sasaran yang jelas bukan sahaja penting untuk organisasi berfungsi dengan baik, malah ianya menjadikan warga staf lebih berfokus demi membantu mencapai sasaran yang diletakkan. Menyedari hakikat ini, pihak Seksyen Makmal Penylidikan Berpusat (CRL) telah mengambil langkah untuk mengadakan suatu program dikenali sebagai ‘Bengkel MyPerformance’.

MyPerformance adalah suatu aplikasi pentadbiran yang telah dibangun dan digunakan oleh pihak Bahagian Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM). Melalui sistem ini, penggunaan dokumen hardcopy untuk tujuan pengisian sasaran kerja tahunan (SKT) dan penyediaan laporan penilaian prestasi (LPP) staf telah di gantikan kepada sistem elektronik sepenuhnya. Kesemua komponen SKT (M1-M5) telah ada diberikan wajaran markah bagi tujuan pelaporan penilaian prestasi. Oleh itu, adalah sangat penting untuk staf mempunyai kemahiran yang baik dan bijak mengisi SKT selaras dengan kehendak seperti didalam Myperformance.       

Menyedari bahawa sistem Myperformance ini sangat berhubungkait dengan sasaran jabatan/ seksyen, dan seterusnya mempengaruhi laporan penilaian prestasi staf CRL, CRL berhasrat membantu stafnya dalam menyediakan SKT masing-masing seterusnya mahir dalam pengisian Myperformance masing-masing selepas ini.     

Adalah diharapkan selepas menghadiri bengkel ini, staf CRL akan dapat memahirkan diri dan menguasai sistem Myperformance. Di samping itu, staf CRL juga mampu melaksanakan tugas secara lebih berfokus selari dengan sasaran yang telah ditetapkan seperti dalam SKT 2024. Di akhirnya, sistem Myperformance ini akan dijadikan dokumen rujukan kepada pihak CRL dalam memantau operasi CRL, dan menjadi medium untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan (continuous improvement).

Teks disediakan oleh:

Syazwani Ismail
Ahmad Farid Ismail

SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 9 - Build resilient infrastructure, promote inclusive and sustainable industrialization and foster innovation
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top