Expert Column

Bagaimana Mencegah Kerintangan Antibiotik

Suria Emilia Suhana Othman Tan
Published : 02 October 2022


Antibiotik adalah kumpulan ubat yang digunakan untuk melawan jangkitan bakteria. Walau bagaimanapun, penggunaan antibiotik tanpa kawalan sejak kebelakangan ini telah menyebabkan peningkatan kes kerintangan antibiotik berlaku.

Apakah KERINTANGAN ANTIBIOTIK?

Kerintangan antibiotik adalah satu keadaan di mana BAKTERIA menjadi KEBAL kepada ANTIBIOTIK. Ini bermaksud, antibiotik yang biasa digunakan untuk merawat jangkitan bakteria tertentu TIDAK LAGI BERKESAN untuk membunuh bakteria tersebut.

Bagaimana anda boleh mengurangkan KERINTANGAN ANTIBIOTIK?
• Pastikan anda mengambil antibiotik apabila perlu sahaja.
• Jangan berkongsi antibiotik dengan orang lain
• Habiskan antibiotik yang diberikan walaupun anda telah berasa sihat

Sebagai individu yang bertanggungjawab mendispenkan ubat-ubatan kepada pesakit, ahli farmasi memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan nasihat dan panduan penggunaan antibiotik yang betul kepada pesakit. Ini dapat memastikan rawatan yang diberikan adalah berkesan dan kerintangan antibiotik dapat dikurangkan.

Sentiasa merujuk kepada Pegawai Farmasi untuk mendapatkan maklumat mengenai ubat-ubatan anda.

Credit to Pusat Racun Negara and IPPT team for shooting and preparing this video.

Scroll to Top