Achievement

Skuad Bola Tampar Zon 10 Beraksi Garang Dalam Sukjab 2024

Published : 24 May 2024

Skuad Bola Tampar Lelaki Zon 10 (IPPT/PPUSMB) yang mendapat JOHAN Acara Bola Tampar SUKJAB 2024.
Kompleks Sukan Azman Hashim,USM, May 8 2024 -

Photo By MOFIRHA
Skuad Bola Tampar Lelaki Zon 10 (IPPT/PPUSMB) yang mendapat JOHAN Acara Bola Tampar SUKJAB 2024.

Tiada siapa boleh menafikan sehingga kini, Skuad Bola Tampar Zon 10 (IPPT/PPUSMB) sememangnya beraksi cukup padu dan cemerlang apabila berjaya membawa pulang pingat bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita. Acara Bola Tampar Sukan AntaraJabatan dan Pusat Pengajian 2024 (SUKJAB) telah berlangsung di Kompleks Sukan Azman Hashim, USM pada 8 Mei 2024 yang lalu menyaksikan Skuad Bola Tampar Lelaki Zon 10 dinobatkan sebagai Johan setelah mengalahkan Zon 7 dalam aksi akhir yang mengheret sehingga tiga set perlawanan. 


Photo By MOFIRHA
Skuad Bola Tampar Wanita Zon 10 (IPPT/PPUSMB) yang mendapat TEMPAT KETIGA dalam Acara Bola Tampar SUKJAB 2024.

Manakala Skuad Bola Tampar Wanita Zon 10 juga tidak memberikan laluan mudah dan mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum tewas bermaruah kepada Zon 5 di dalam aksi Separuh Akhir untuk meraih Tempat Ketiga Bersama. 


Photo By MOFIRHA
Skuad Bola Tampar lelaki Zon 10 bersedia memulakan permainan.

Keputusan penuh Skuad Bola Tampar Lelaki Zon 10:
Zon 10 (31) vs Zon 8 (12)
Zon 10 (31) vs Zon 3 (16)
Zon 10 (31) vs Zon 4 (11)
Zon 10 (31) vs Zon 7 (20) - Juara Kumpulan
SEPARUH AKHIR
Set 1 : Zon 10 (25) vs Zon 5 (20)
Set 2 : Zon 10 (25 vs Zon 5 (19)
AKHIR
Set 1 : Zon 10 (26) vs Zon 7 (24)
Set 2 : Zon 10 (17) vs Zon 7 (25)
Set 3 : Zon 10 (15) vs Zon 7 (12)
Keputusan rasmi Zon 10 Lelaki JOHAN Bola Tampar SUKJAB 2024.

Keputusan penuh Skuad Bola Tampar Wanita Zon 10:
Zon 10 (31) vs Zon 6 (12)
Zon 10 (31) vs Zon 4 (? - Juara Kumpulan
SEPARUH AKHIR
Keputusan rasmi Zon 10 Wanita tewas dengan Zon 5 (1-2) untuk kedudukan Tempat Ketiga.


Photo By MOFIRHA
Aksi Skuad Bola Tampar Wanita Zon 10 dalam perlawangan peringkat kumpulan.

Kejayaan Skuad Bola Tampar Zon 10 di dalam SUKJAB kali ini lebih manis dan berseri apabila tiga pemain berjaya menerima anugerah khas sepanjang acara bola tampar berlangsung. Mohamad Asyraf Bin Zulkifli (Keselamatan IPPT) berjaya menerima Best Receiver Lelaki, Nariman Azif Bin Abdl Manaf (Imejan PPUSMB) pula menerima Best Setter Lelaki manakala Harlini Binti Kamaruddin (Kejururawatan PPUSMB) juga menerima Best Setter Wanita.


Photo By MOFIRHA
Aksi Skuad Bola Tampar Lelaki Zon 10 dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Skuad Bola Tampar Lelaki Zon 10 telah dibarisi oleh Fitri Amidi Bin Ahmad, Miqdad Bin Danial, Mohamad Asyraf Bin Zulkifli, Mohammad Fairos Bin Yahya, Mohd Ikhwan Bin Hashim, Mohd Luqman Bin Mokhtar, Mohd Salleh Bin Abdul Rahman, Mohd Sobriey Bin Zakaria, Muhammad Hazim Bin Hussin, Muhammad Luqman Hakim Bin Mohamad, Nariman Azif Bin Abdl Manaf, Ng Siew Kit dan Kamal Rizal Bin Ishak sebagai pengurus pasukan.

Bagi Skuad Bola Tampar Wanita Zon 10, pasukan dibarisi oleh Nor Hafizah Binti Ishak, Nik Noramyrah Azlyn Binti Nik Wel, Norjalilah Binti Umar, Nurhidayati Syeema Binti Soid, Norazana Binti Ramli, Nor Sayidah Mafisah Binti Mohd Nasir, Fadhilah Binti Ahmad, Harlini Binti Kamaruddin, Nur Hafizah Binti Hamzah, Siti Mardhiana Binti Mohamad, Raja Rabiatul Adawiyah Bt Ishak, Halianis Binti Yusoff dan Khairun Nisak Binti Abdul Rahim sebagai pengurus.

TAHNIAH DAN SYABAS!
Scroll to Top