Collaboration

IPPT USM Dan MYPOPI Berkolaborasi Di Bengkel Latihan SCIG

Published : 07 March 2022

Dr Intan Juliana Abd Hamid
BERTAM, March 7 2022 -
Unit Immunodefisensi Primer, Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalankan satu bengkel latihan “Subcutaneous Immunoglobulin (SCIG) Replacement Therapy” kolaborasi bersama Persatuan Pesakit Imunodefisiensi Primer Malaysia (MYPOPI).

Rawatan ini merupakan teknik yang pertama di USM dan kedua berada di Malaysia, dan ini secara tidak langsung membuktikan kemajuan yang memberangsangkan dalam perawatan kepada Pesakit Immunodefisesi Primer (PID) di Malaysia.



Dr Intan Juliana Abd Hamid (Pakar Pediatrik Imunologi dan Alergi) merupakan penceramah pada hari tersebut, di mana bengkel ini dibuat secara dalam talian dan juga sesi ‘hands-on’, dan telah dihadiri seramai 74 peserta yang terdiri dari kakitangan profesional kesihatan seperti Pakar Kanak-Kanak, Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Pelajar Sarjana Perubatan Pediatrik, selain ibubapa pesakit.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan pengetahuan staf mengenai rawatan penggantian immunoglobulin 'subcutaneous' melalui komunikasi berkesan, latihan dan pendidikan serta memberi kefahaman dan kesedaran kepada staf kesihatan terhadap kesan rawatan ini kepada pesakit kekurangan imun primer.

Pesakit Imunodefisensi Primer (PID) merupakan pesakit yang tidak dapat menghasilkan antibodi atau antibodi tidak dapat berfungsi dan melalui rawatan penggantian immunoglobulin, ianya dapat membantu pesakit PID.



Terdapat kategori pesakit PID yang akan menerima rawatan ini antaranya pesakit yang tidak mempunyai sel B, ’combined immunodeficiency’ dan keadaan di mana penghasilan antibodi adalah abnormal. 

Seterusnya, rawatan immunoglobulin ini berfungsi sebagai pencegah jangkitan kuman yang serius seperti sepsis dan pneumonia serta menyokong sistem imun pesakit PID dengan tambahan antibodi yang bertindak melawan jangkitan kuman. 

Turut dinyata juga di mana rawatan immunoglobulin terdapat dua kaedah iaitu secara intravena atau subcutaneous, kaedah subcutaneous akan diberi pada setiap minggu dan ibubapa boleh memberikannya di rumah, dan antara kelebihan rawatan imunoglobulin subcutaneous ialah paras IgG adalah stabil sepanjang 30 hari dan paras IgG “trough” adalah lebih tinggi bagi SCIG. 



“Maka adalah sangat penting untuk kita diagnosis PID ini seawal mungkin, jika anak-anak anda mengalami gejala jangkitan kuman yang melampau atau kelainan bolehlah bertanya dengan doktor sama ada mereka mengalami PID atau tidak, agar dapat dirujuk supaya kita boleh menjalankan pemeriksaan lebih lanjut,” ujar Dr Intan Juliana

Dengan itu, diharap usaha ini dapat menambahbaik kualiti hidup pesakit PID yang menerima rawatan penggantian immunoglobulin bagi sepanjang hayat.


Teks: Mahirah Mahyidin/Dr. Zarina Thasneem Zainudeen
Scroll to Top