Collaboration

Kolaborasi IPPT, USM dan UNAIR: Pengantarabangsaan perkongsian ilmu menerusi webinar

Published : 10 August 2022

Perbincangan kolaborasi penyelidikan antara IPPT-UNAIR menerusi apikasi WEBEX
IPPT, USM, July 29 2022 -

Perbincangan secara maya telah diadakan diantara pihak IPPT dan Universitas Airlangga (UNAIR) berkaitan penganjuran webinar secara bersama. Program ini merupakan salah satu aktiviti kolaborasi penyelidikkan di antara IPPT dan UNAIR. Webinar yang dirancang ini dijangka bermula pada bulan Ogos 2022 sehingga Oktober 2023. Ia akan menjadi platform pengantarabangsaan perkongsian ilmu menerusi webinar di atara dua institusi ini.

Beberapa siri perbincangan secara maya berkaitan penganjuran webinar telah diadakan. Program webinar ini diketuai oleh Dr. Hazrina Yusof Hamdani dan Dr. Asmida Isa bagi pihak IPPT dan Dr. Reny Itishom sebagai wakil UNAIR. Beberapa topik telah dipersetujui antara kedua-dua pihak untuk dibentangkan di dalam webinar akan datang. Topik-topik tersebut merangkumi introductory talk on IPPT (Prof Madya Dr Hasni Arsad)/UNAIR (Prof Hendy Hendarto) research niche, infectious diseases, breast cancer, liver cancer, dementia, gastroenterology, herbal medicine dan stem cell.

Perbincangan kolaborasi penyelidikan antara IPPT-UNAIR menerusi aplikasi WEBEX

Program perkongsian ilmu ini dijangka berlangsung setiap dua bulan sekali selama satu jam. Penyertaan adalah terbuka kepada warga USM terutamanya penyelidik dan juga para pelajar. Program webinar ini diharap mampu membuka ruang kolaborasi pelbagai bidang antara kedua-dua universiti.

Perkongsian ilmu secara dalam talian seumpama ini mempunyai impak positif dalam menyebarluaskan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman. Kolaborasi sebegini juga mampu memberikan impak yang tinggi dalam meningkatkan reputasi dan keterlihatan IPPT, USM pada peringkat antarabangsa. Perbezaan lokasi, jarak dan masa bukan lagi penghalang untuk memastikan semangat kerjasama ke arah budaya penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang lebih baik akan terus kekal.

Scroll to Top