AMDI Story

IPPT ANJURKAN SESI PERKONGSIAN BERKAITAN TEKNOLOGI AI, BIG DATA, AVATAR DAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN DALAM BIDANG KESIHATAN DAN PERUBATAN

Published : 10 December 2024

SESI PERKONGSIAN BERKAITAN TEKNOLOGI AI, BIG DATA, AVATAR DAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN DALAM BIDANG KESIHATAN DAN PERUBATAN
BILIK SEMINAR, KOMPLEKS PENYELIDIKAN HAIWAN , December 10 2024 -
Bahagian Penyelidikan dan Jaringan (BPJ) Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program sesi perkongsian sempena Program Lawatan Profesor Geoff Chase dari Faculty of Engineering, University of Canterbury, New Zealand yang berlangsung di Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC).
Photo By NORIZAN ISHAK
SESI PERKONGSIAN BERKAITAN TEKNOLOGI AI, BIG DATA, AVATAR DAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN DALAM BIDANG KESIHATAN DAN PERUBATAN
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai aplikasi teknologi kejuruteraan bioperubatan dalam bidang kesihatan dan perubatan, khususnya berkaitan teknologi AI, Big Data, dan Avatar yang disampaikan oleh Prof. Geoff Chase. IPPT telah menjalinkan kerjasama dengan University of Canterbury sejak tahun 2019 melalui satu Perjanjian Kerjasama Penyelidikan berkaitan kawalan glisemik ke atas pesakit diabetes. Sesi perkongsian dimulakan dengan ucapan aluan oleh Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Pengarah IPPT dan PPUSMB. Seramai 75 peserta telah hadir secara fizikal dan atas talian dalam sesi perkongsian yang berlangsung hari ini, termasuklah pensyarah, pensyarah perubatan, pegawai penyelidik dan pelajar pasca siswazah.
Photo By NORIZAN ISHAK
SESI PERKONGSIAN BERKAITAN TEKNOLOGI AI, BIG DATA, AVATAR DAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN DALAM BIDANG KESIHATAN DAN PERUBATAN
Diharapkan topik yang disampaikan oleh Profesor Geoff Chase dapat memberi manfaat kepada para peserta, terutamanya pensyarah dan pelajar, khususnya berkaitan bidang teknologi AI, Big Data, dan aplikasi kejuruteraan dalam perubatan. Teks disediakan oleh: Sharifah Fawziah Al-Gadri Syed Mahdzor & Nurul Nazihah Mohd Rizal Teks disunting oleh: Nur Aqilah Tajul Ashikin & Profesor Madya Ts. Dr. Fatanah Mohamad Suhaimi Foto: Norizan Ishak Pusat Media dan Perhubungan Awam Institut Perubatan dan Pergigian Termaju 10 Disember 2024

Scroll to Top