Community

Program Kesedaran Kanser Payudara dan Pink Oktober 2023: Forum Rawatan Kanser dan Kesannya kepada Kesihatan Pesakit

Published : 23 August 2023

Gambar 1
BERTAM, August 23 2023 -
Kesinambungan dari Program Kesedaran Kanser Payudara dan Pink October 2023, sekali lagi telah diadakan forum yang bertajuk Rawatan Kanser dan Kesannya kepada Kesihatan Pesakit.

Aktiviti forum yang diketuai oleh Dr. Noor Mastura Mohd Mujar, Pensyarah Jabatan Kesihatan Komuniti, IPPT yang juga bertindak sebagai moderator telah diadakan di Ruang Legar, Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB), turut disiarkankan secara langsung di laman Facebook IPPT dan YouTube IPPT.

Forum anjuran Breast Cancer Translational Research Program (BCTRP@IPPT) dengan kerjasama Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) ini telah menjemput 3 orang panel iaitu Dr Siti Khairizan Rahim, Pakar Perubatan Dalaman dan Penyelaras Unit Paliatif, PPUSMB; Dr. Jasmin Jalil, Pensyarah Perubatan Onkologi di Jabatan Klinikal, IPPT dan En. Mohd Ikhwan Hashim, Pegawai Farmasi, PPUSMB.



Forum dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasnizar Elias dari Unit Hal Ehwal Islam (UHEIS) IPPT, seterusnya sesi pengenalan dan kupasan topik. 

Program yang mendapat sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Badan Sokongan Pesakit Kanser Seberang Perai dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA), adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara dan menyediakan sokongan kepada pesakit kanser serta ahli keluarga di Pulau Pinang khususnya dan komuniti di sekitarnya.



Ianya adalah antara inisiatif pihak IPPT, USM dan PPUSMB dalam memberi sokongan dan maklumat kepada pesakit kanser, penjaga dan penyedia penjagaan kesihatan dalam keperluan penjagaan pesakit yang memfokuskan rawatan kanser payudara dan kesannya kepada pesakit. 

Aktiviti yang mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih daripada 80 orang hadirin terdiri daripada pesakit, waris dan warga staf USM.

Selain itu, pelbagai aktiviti diadakan seperti sesi soal jawab, saringan kesihatan, kaunter jualan, penyampaian cenderahati dan diakhiri dengan sesi fotografi.



Acara kemuncak bagi program kesedaran kanser payudara ini akan diadakan pada 14 Oktober 2023 bersempena sambutan Pink October 2023 dan orang ramai dijemput hadir.

Teks:  Dr Noor Mastura Mohd Mujar/Foto: Mahirah Mahyidin/Video: Mohd Fazian Bin Mohd Noordin
Scroll to Top