Poster
BERTAM, August 22 2023 -
Susulan dari Majlis Penandatangan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pada 21 Ogos 2023, PPUSMB telah menerima kunjungan lawatan delegasi MAKNA yang terdiri daripada Pn. Nisha Sanita Mohd Norha (Ketua Bahagian Kejururawatan), Pn. Imelda Suhanti Ishak (Ketua Jabatan Perkhidmatan), Pn. Azlina Mohd Rashid (Ketua Jabatan People solution & Finance) dan staf unit komunikasi MAKNA.
Lawatan delegasi disambut oleh Penyelaras Unit Paliatif, Dr. Siti Khairizan Rahim dan Ketua Pentadbiran PPUSMB, Puan Balkhis Sa’id serta wakil-wakil Unit Kejururawatan.
Tujuan utama lawatan adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan paliatif di PPUSMB sempena penempatan tiga (3) orang jururawat MAKNA di Unit Paliatif PPUSMB.
Pelbagai perancangan untuk penambahbaikan perkhidmatan paliatif dan latihan jururawat dalam bidang Paliatif telah disampaikan oleh Dr Siti Khairizan Rahim lanjutan dari pemeteraian memorandum perjanjian tersebut.
Selain itu, kesemua delegasi telah dibawa melawat ke wad pesakit dalam, unit rawatan harian dan wad terbuka, klinik paliatif dan Unit Onkologi dan Radioterapi.

Teks: Siti Khairizan Rahim

SDG 9 - Build resilient infrastructure, promote inclusive and sustainable industrialization and foster innovation
Scroll to Top