Sesi Lawatan Pegawai Zakat Pulau Pinang
BERTAM, November 20 2021 -
Baru-baru ini Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah menerima kunjungan YBrs. Tuan Amran Bin Hazali Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang telah hadir bersama En. Mohamad Fuad Md Isa TKPE, Pentadbiran, En. Mohamad Kairi Ghazalli TKPE, Operasi dan En. Ruslan Harun Pengurus Besar, Agihan dalam lawatan ini.

Dalam sesi berbincangan ini turut hadir sama YM. Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin Pengarah IPPT, Dr. Noor Khairiah Binti A. Karim Timbalan Pengarah, Prof. Madya Dr. Hasni Arsad, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan, Dr. Mohd Hafiz Mohd Zin, Timbalan Pengarah Akademik dan Antarabangsa dan beberapa lagi pegawai dari IPPT dalam sesi ini.

Lanjutan daripada perbincangan pihak Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) ini bersama Zakat Pulau Pinang pada 8 Oktober 2021 lalu, IPPT berhasrat menjalinkan kerjasama strategik dengan Zakat Pulau Pinang untuk menubuhkan Tabung Amanah Perubatan Asnaf dan Perkhidmatan Dialisis di IPPT USM. 

Bercakap di majlis perbincangan di Bilik Mesyuarat Utama Kompleks Penyelidikan Klinikal “Kita sangat menghargai pertemuan ini dan kita mengharapakn sesuatu yang baik, kita ingin melihat asasnya bagaimana kita boleh capai matlamat bersama golongan asnaf ini bagi melihat gambaran sebenar” ujar YBrs. Tuan Amran Hazali ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang.

Antara matlamat dan tujuan utama lawatan ini agar mencapai muafakat diantara kedua pihak dan dijangka dapat mencapai KPI dan objektif utama dari program hari ini.

Menurut Y.M Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin Pengarah IPPT memberitahu, terdapat tanah yang dibahagi kepada dua bahagian, dimana aktiviti utama hospital sebenar serta kajian-kajian perawatan dibuat yang terletak dikompleks perawatan dan kawasan penyelidikan dimana tidak melibatkan pesakit hanya penyelidikan dijalankan.

Seterusnya, Dr. Noor Khairiah juga menerangkan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan serta peralatan-peralatan, kapasiti dan kemudahan fasiliti yang disediakan oleh pihak Institut Perubatan Pergigian Termaju (IPPT) kepada pesakit, antaranya  26 pakar perubatan dan 12 pakar pergigian.

Sesi ini diteruskan dengan membawa pegawai-pegawai dari Pusat Zakat Pulau Pinang ini melawat kawasan-kawasan disekitar IPPT, antara kawasan yang dilawati Unit Rawatan Rapi & Klinik Pra Anestesia, Wad Eksekutif, Unit Kanser Wanita (UNITA), Unit Imejan, Unit Pengimejan X-Ray, Bilik Kawalan, Bilik Perundingan, Unit Farmasi Pesakit Luar, Poliklinik Eksekutif dan disekitarnya.

“Setakat ini belum ada kekurangan perkhidmatan disini IPPT” ujar YBrs. Tuan Amran Bin Hazali Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang ketika dalam lawatan beliau.

Teks: Mahirah Mahyidin/Foto: Norizan
Scroll to Top