
Kelas untuk warga lansia sedang berlangsung di Sekolah Lansia SIMADU, Subang di kawasan luar bandar Bandung
BANDUNG, 12 Mei 2025 – Pasukan penyelidik dari Dementia Multidisciplinary Research Program (DMR-IPPT), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia telah mengadakan lawatan sambal belajar ke dua buah Sekolah Lanjut Usia (Lansia) yang terletak di kawasan bandar dan luar bandar di Bandung serta lawatan kolaborasi penyelidikan ke Centre for Family and Ageing Studies (CeFAS), Universitas Respati Indonesia (URINDO) di Jakarta.
Photo By Syamimi Shamsuddin
Delegasi dari Dementia Multidisciplinary
Research Program (DMR-IPPT) bergambar bersama-sama Dr. Susiana Nugraha,
pasukan pengurusan Sekolah Lansia SIMADU serta beberapa orang pelajar
lansia
Photo By Syamimi Shamsuddin
Pasukan dari DMR-IPPT semasa sesi
memperkenalkan diri kepada pelajar dan duta lansia sebelum kelas bermula
di Dewan Wali Kota, Bandung
Photo By Syamimi Shamsuddin
Dr. Siti Mardhiana binti Mohamad (Ketua
Jabatan Kesihatan Komuniti, IPPT) menyampaikan cenderahati kepada Rektor
Universitas Respati Indonesia (URINDO), Prof. Dr. Cicilia
Windiyaningsih
Photo By Syamimi Shamsuddin
Delegasi DMR-IPPT bergambar bersama
Rektor Universitas Respati Indonesia (URINDO), Prof. Dr. Cicilia
Windiyaningsih, SKM., M.Kes dan Prof. Dr. Tri Budi Wahyuni Rahardjo
selaku penasihat CeFAS berserta para pimpinan URINDO
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh jalinan kerjasama serantau dalam bidang penyelidikan penuaan dan dementia serta membuka ruang kepada inisiatif rentas negara yang bersifat impak tinggi kepada komuniti warga emas di Asia Tenggara.
Photo By Syamimi Shamsuddin
Dr. Rohayu binti Hami (Ketua Program
Penyelidikan DMR-IPPT) membentangkan mengenai program penyelidikan
DMR-IPPT kepada pihak URINDO
Photo By Syamimi Shamsuddin
Dr. Ernest Mangantig dan Dr. Syamimi Shamsuddin bergambar bersama Prof. Dr. Tri Budi Wahyuni Rahardjo (penasihat CeFAS, URINDO)