Gambar 1
BERTAM, January 31 2023 -
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) melalui Jawatankuasa Akreditasi Akademik IPPT telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemantapan Audit Dalaman Program Akademik pada 27hb Januari 2023 yang lalu.

           

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa akreditasi akademik, ahli jawatankuasa OBE, ketua program dan Penyelaras kursus program akademik di IPPT tentang tatacara dan proses menjalankan audit dalam program akademik di peringkat PTJ.


 
Program ini telah dijayakan dengan bimbingan Pusat SwaAkreditasi USM (PSA) diketuai  Pengarah PSA iaitu Profesor Dr. Azura Binti A. Rashid, Timbalan Pengarah PSA iaitu Dr. Mahadi Bin Mohammad, Penolong Pendaftar Kanan PSA, Puan Nur Husna Binti Mansor, Penolong Pegawai Tadbir; Cik Nurul Ashikin Binti Mohamad Niza dan Cik Vaishnavi A/p Thayalan.
Scroll to Top